Lambat Datang Kerja, Ini 10 Alasan Kreatif Tahap Gaban

Datang kerja lambat..jangan bohonglah kalau tidak pernah berlaku, baik yang berdisplin atau bermasalah, baik bos mahupun kuli. Sengaja lambat atau tidak, tuan punya badan je tahu. Alasan diterima atau tidak, bergantung kepada bos masing-masing. Kadang-kadang tu alasan kreatif mampu menyelamatkan keadaan. Jom tengok, 10 alasan kreatif yang pernah diterima oleh pihak majikan dan juga mungkin pernah anda gunakan :

 

1.Satu Jam Terkandas Dengan Jiran-Jiran

“Assalam bos, pagi tadi hujan terlampau lebat siap ribut. Ada pokok jatuh menghalang satu-satunya laluan keluar. Pihak terbabit sedang dalam proses mengalihkan pokok. Dah dekat satu jam dan saya masih terkandas bersama-sama jiran-jiran setaman. Kejap lagi saya cuba tanya berapa lama lagi mereka jangka akan selesai semuanya, lepas tu saya update bos, ya.”

2.Bau Memalukan Yang Mengundang Kecaman

“Hai bos, maaf saya sakit kepala yang lebih teruk daripada biasa. Separuh jalan saya sampai termuntah dalam kereta. Baju habis lencun bos. Kalau tak busuk saya selamba boleh teruskan perjalanan dan keringkan di ofis. Masalahnya bau  sangat memalukan dan pasti satu ofis kecam saya, jadi saya patah balik untuk mandi balik dan ganti baju ya.”

3.Isi Perut Terkeluar Macam Mayat Hidup

“Bos, pagi tadi saya cirit teruk, tapi sempat keluar rumah ikut time macam biasa, alhamdulillah. Dekat nak sampai ofis, perut pula memulas semula dan memaksa saya singgah stesen minyak. Ni dah stesen yang ketiga bos, insya-Allah ni last sebab habis segala isi perut dah keluar. Semoga saya tak macam mayat hidup sampai ofis nanti. Maaf bos.”

4. Saka Basement Parking

 “Astaga bos!!!!!!! Saya terlajak tidur tapi bukan di rumah . Saya terlelap dalam kereta di basement ni. Sebenarnya dah sampai awal pagi lepas subuh. Niat di hati nak mula kereja lebih awal daripada biasa tapi sebaliknya pula. Saya siap mimpi tgh siapkan proposal yang bos mintak tu. Aduhai saka apa lah yang mengganggu ni. Kejap boss, bagi saya cuci muka dulu pastu saya terus lari naik ofis.”

5.Kecewa Dengan Isteri

“Bos, saya tak boleh keluar rumah. Terkunci dari dalam. Isteri terambil kunci rumah saya dan sudah keluar ke  tempat kerja lebih awal. Saya dah call isteri dan teramat marah dengan kecuaian yang berlaku. Dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah untuk hantar kunci. Maafkan saya bos dan doakan kami tak gaduh besar”

6.Separa Buta

“Bos ada kecemasan, tak tau mcm mana tengah bawa kereta mata rasa macam mencucuk. Rupa-rupanya contact lens terkoyak. Terpaksa buang tapi masalahnya saya tak dapat teruskan perjalanan ni sebab rabun teruk. Terpaksa tinggalkan kereta kat tepi jalan dan tengah tunggu Grab nak balik rumah ambil cermin mata. Lepas tu saya terus pecut ke ofis ya.”

7.Tragedi Banjir Dalam Rumah

“Bos ampun, paip rumah boleh pulak pecah pagi-pagi buta. Bangun bangun je bahagian ruang tamu dah banjir. Tuan rumah dah dalam perjalanan ke sini untuk datang dengan pihak pengurusan. Mereka sampai je saya pass kan kunci dan baru gerak ke ofis ya.”

8.Kes Dendam Kesumat

“Bos ..mati saya. Keempat-empat tayar kereta pancit bos. Tengah tunggu bantuan datang. Saya syak ada orang pedajal sebab semalam saya ada tegur sekumpulan budak muda yang membuat bising di basement. Taubat lepas ni saya tak kan ambil port sebab ini tak pasal-pasal dah menjejaskan prestasi saya di tempat kerja. Boleh pinjam duit sikit tak bos nak top up duit tayar”

9.Pak Polisi

“Bos….sorry saya sikit lagi nak kena saman. Masa tengah drive mak saya telefon. Panggilan pertama saya biarkan sebab tak nak ganggu fokus pemanduan, lagi pun speaker rosak. Tapi bila dah dua tiga kali telefon tanpa henti, hati terus terdetik mungkin ada kecemasan. Sebaik saya angkat, mak tanya kenapa tak boleh masuk akaun facebook dia. Ngam-ngam pula polis lalu sebelah kereta terus kena tahan. Saya terpaksa memujuk rayu supaya dilepaskan. Itu yang saya tak sampai lagi bos, sebab ambil masa berunding. Tapi bos jangan risau tak ada apa-apa rasuah yang berlaku dan yang paling penting saya dapat jugak datang kerja macam biasa, cuma lambat sikit , sorry ya.”

10.Bukan Mandi Buih

“Bos tolong!! Air tiba-tiba terputus bekalan, ngam ngam saya sedang syampu rambut. Ni belum bilas lagi ni bos, masih berbuih mcm hakim pakai rambut palsu dalam mahkamah tu. Huishhh nasib baiklah bukan masa saya membuang bos, kalau tak muntah hijau saya dengan ‘buangan’ sendiri. Saya dah call pihak pengurusan, katanya dalam masa 1 jam akan selesai. “

 

Kalau anda perasan perkara pokok setiap satu alasan yang diberi memang cliche tapi musabab-musabab  yang diterangkan tu yang membuatkan alasan biasa nampak luar biasa. Inilah yang dinamakan kreatif kaw-kaw yang mungkin membuatkan sebahagian daripada kita termakan. Soal jimat kaw-kaw pula untuk Spa Pemutihan Gigi Nano, bukan sebahagian malah semua pun pasti tergoda nak beli baucar sebab harga biasa di Winner Beauty House adalah RM1280 TAPI di SuperDeals anda boleh jimat kaw-kaw sebanyak 90% yang kini hanya RM128!

SuperDeals, jimat kaw-kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *