5 Cara Bodek Bos Yang Tak Boleh Blah.

Bodek bos..perlu atau tidak? Dari sudut positif, ia adalah satu keperluan yang boleh dianggap untuk mengambil hati bos agar mood mantain baik supaya pekerja seluruh pejabat dapat berkerja dalam keadaan yang penuh semangat dan motivasi. Tapi apa yang menjadikan perkara ini negatif adalah apabila ada yang beranggapan dengan membodek dapat memegang jawatan GM  sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang melampau atau P O Y O. Jom tengok situasi membodek yang berikut, agak-agak pernah atau nak buat tak?

Peluh Jantan Mengalir

Bila bos masuk pejabat, mahirkan lakonan. Walaupun tak sibuk, perlu buat-buat sibuk. Kalau tak boleh jugak pasal kerja memang tak banyak cuba berlari-lari anak dari satu jabatan ke jabatan yang lain untuk tanya apa yang boleh dibantu. Biar bersungguh sampai boleh keluar peluh.

Pikat Selera Bos

Kalau ditakdirkan anda terlewat sebelum sampai ofis pastikan anda beli kuih muih atau sarapan. Kalau bos tanya kenapa lewat, beritahu yang anda baru dapat tau yang bos adalah penggemar sambal sotong melalui profil di instagrammnya. Itu yang terpaksa ambil masa bersesak-sesak dengan ratusan orang yang membeli  nasi lemak sotong viral khas buat bos tercinta. Bukan apa, tak sampai hati tengok bos kempunan nanti.

Kentut Lagi Please, Bos.

Kalau anda memang stok kipas bos, pastikan jilat sekali jangan gagal. Jadi bila bos terkentut, hidu cepat-cepat dan dalam-dalam. lepas tu katakan pada bos, “Belum pernah lagi bau kentut seharum kentut bos, pelik tapi benar, kentut lagi please”.

Ukurlah Baju Di Badan Sendiri

Bila dah namanya bos, tentulah pakainya pun berjenama. Terutama jam tangan atau tas tangan yang makan ribu-ribu. Walaupun anda tak mampu, buat-buatlah minat supaya dapat kongsi perkembangan model terbaharu, konon-konon anda sejenis up to date la. Nak lagi bagus habiskan duit gaji untuk beli supaya bos percaya yang anda betul-betul minat dan sekapal dan seterusnya boleh jadi geng ketat.

Yes, boss!

Jadilah pekerja ‘yes boss’. Suruh buat itu, suruh buat ini semua  dipatuhinya. Walaupun waktu tu cuti tapi bos telefon sebab ada isu yang perlu dibincangkan, sanggup mandi kerbau terus bergegas ke ofis. Paling tak boleh blah bila anda sememangnya bercuti di luar negara sanggup batalkan percutian, tempah tiket penerbangan pulang untuk masuk ofis dan cakap kat bos, “apa saja untuk kebaikan company kita, boss!”

Sebenarnya, memang kita patut mematuhui arahan bos dan digalakkan mengambil hati bos tapi biarlah berpada-pada dan nampak bijak sikit. Janganlah bodek kaw-kaw sampai terpampang rendahnya tahap mentaliti ya? Tapi kalau nak jimat kaw-kaw dengan SuperDeals, tentu-tentu boleh sebabnya anda boleh nikmati penginapan 2 hari 1 malan di Hotel Saujana untuk ‘Club Executive’ atau ‘Club Premium, hanya Rm566. Harga asal RM1132, jadinya anda dah jimat 50% kot! Jom cuci mata sat dengan gambar-gambar berikut …

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *