6 Cara Berkesan Elak Kecewa Dengan Ejen Hartanah Kaki Kelentong

Mencari rumah untuk dibeli mahupun disewa, kita akan berurusan dengan ejen hartanah. Tapi jaga-jaga sebab bersepah-sepah yang mengakui diri sebagai ejen hartanah. Silap haribulan, papa kedana kita dibuatnya. Perkara utama yang perlu anda buat apabila didatangi seseorang yang bergelar ejen hartanah adalah jangan serba salah untuk meminta kad mereka . Periksa kad secara teliti. Bagaiman? Jom kenal pasti cara-cara untuk mnglak diri berurusan dengan ejen kaki kelentong :

1.Warna kad

periksa warna kad. Terdapat 2 warna sahaja. Warna merah adalah pemegang kad Ejen Percubaan Hartanah atau Ejen Perunding Hartanah. Kad warna biru pula menunjukkan orang berkenaan adalah ejen hartanah berdaftar.

2. Kod QR.

Pada kad terdapat kod QR tersendiri. Gunakan telefon mudah alih anda untuk mengimbas kod supaya dapat diperiksa ketulenan kod. Kemudian sahkan perunding itu berdaftar secara sah dengan BOVEA atau tidak.

3. Nama Agensi atau Firma 

Periksa dahulu nama agensi atau firma ejen yang berkenaan dan buat research sikit. Seandainya ada ejen yang mengakui baru bertukar agensi dan kad belum dikemaskini, percayalah ini kelentong namanya sebab kad ejen akan digantikan dengan yang baharu apabila bertukar agensi.

4. Nama REN Ejen

Terdapat 2 nama yang dicetak pada kad. Yang pertama adalah nama ‘pseudo’. Nama ini adalah nama cetakan paling besar yang digunakan dalam mnjalan kerja sebagai ejen hartanah. Manakala satu lagi adalah nama penuh mengikut kad pengenalan yang dicetak  lebih kecil.

5. Nombor REN Ejen

Setiap ejen pasti mempunya nombor REN tersendiri. Nombor ini wajib dipaparkan dalam setiap urusan yang berkaitan. Periksa nombor REN ejen di laman web BOVAEA untuk pengesahan

6. Hologram Pada Kad Ejen

Kad yang diberi oleh ejen sepatutnya mempunyai imej hologram yang dicipta oleh BOVAEA. Ini dapat membantu membezakan kad palsu dengan kad tulen kerana bukan mudah untuk meniru imej hologram . Jom tengok kad ejen yang sah dan diperakui, tapi mohon maaflah nombor kad pengenalan, nama penuh juga butiran lain pemilik kad tak dapat dipaparkan sebab tak sempat minta kebenaran. Wajah pemilik juga terpaksa ditapis sebab ketampanannya mampu membuat warganet mencarinya sehingga ke lubang cacing. Maklumlah dengan teknologi sekarang sgala-galanya boleh.

Semoga lepas ni kita semua terselamat daripada segala penipuan. Dunia ohh dunia..zaman sekarang ni selagi boleh tipu kan? Tapi kalau minyak masak 5kg dijual pada harga RM5 agak-agak tipu ke fakta? Jangan risau , selagi laman web membeli-belah itu adalah superdeals.com.my , segala tawaran diperakui sah. BETUL , TAK TIPU! Harga minyak masak Adela Gold 5kg, daripada RM24.90 kini menjunam menjadi RM5 sahaja di SuperDeals, jimat kaw kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *