Adab Berbuka Puasa di Restoran dan Hotel

Pejam celik pejam celik kita bakal menempuhi bulan Ramadan tak lama lagi. Syukur, masih berkesempatan untuk menunaikan kewajipan ini sekali lagi. Iklan Buffet Ramadan pun makin banyak, di restoran mahupun hotel masing-masing tak mahu kalah menawarkan pakej-pakej buffet yang memikat selera. Mesti dah ada antara kita yang dah plan dengan rakan-rakan untuk buka puasa sama-sama, ye tak? Ada juga syarikat-syarikat yang menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pekerja. Yelah, siapa tak nak terlepas momen indah berbuka bersama-sama kan, lagi pulak puasa cuma setahun sekali. Kalau macam tu, elok sangatlah anda hadam dulu adab-adab untuk berbuka di luar ni. Jangan sia-siakan pahala puasa anda sebab menafikan rukun islam yang paling penting iaitu SOLAT.

1.  Jangan Tinggalkan SOLAT 
Kalau nak cari tempat untuk berbuka di luar, carilah lokasi yang mesra solat. Maksudnya ada menyediakan tempat untuk pelanggan menunaikan solat Magrib. Ada yang pilih untuk solat dahulu sebelum berbuka jadi takdelah terkejar-kejar nak makan banyak nanti. Almaklumlah, solat di tempat awam ni mencabar jugak, sebab beratur panjang. Jadi, apa kata anda lebih bersedia, ambil wudhu dahulu di rumah atau dari tempat kerja, tak payahla beratur panjang ambil wudhu nanti, kan dah jimat masa. Jangan sia-siakan puasa anda,

2. Jangan Membazir 

Ini selalu terjadi dalam buffet Ramadan. Banyak sisa makanan yang masih elok dan boleh dimakan terpaksa dibuang. Hmm maksudnya anda masih belum faham maksud sebenar puasa. Sepatutnya anda dah tahu bagaimana nak menahan nafsu makan anda tu, ni tak.. ambil makanan ikut kemampuan dan dalam kuantiti yang sikit. Kalau tak cukup , barulah tambah lagi. Tak habisnya makanan buffet tu.

3. Tak Perlu Persembahan Nyanyian Selepas Berbuka

Hmm, ini bukan tak boleh. Tapi tak ke rasa macam anda tak hormati bulan Ramadan. Dahla tak pergi Terawih, lepastu layan persembahan atau hiburan lagho dekat majlis berbuka puasa. Penganjur pun sepatutnya lebih peka dalam hal sebegini. Elakkan persembahan yang tidak sepatutnya, lebih elok rasanya kalau adakan solat berjemaah sama-sama. Semua dapat pahala.

Apa-apa pun semuanya terpulang kepada anda. Sama-sama ingatkan tentang adab berbuka puasa di luar. Kalau dah hadam adab-adab ni, bolehlah plan nak buka mana puasa ni … yang kami tahu, ada banyak tawaran buffet Ramadan yang menarik di SuperDeals. Semuanya dengan diskaun yang jimat kaw-kaw. Klik Link dibawah untuk beli.

Buffet Ramadan untuk 2 Orang di Tenera Hotel, Bangi. Diskaun 20%. 

Buffet Ramadan di 10 Binjai, KL. Diskaun 18% .   

Buffet Ramadan di 39 Restaurant, KL. Diskaun 26%. 

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *