Adab Bersosial di Media

Sekarang, rata-rata mempunyai akses media sosial tak kiralah untuk kegunaan peribadi mahupun atas urusan kerja mahupun perniagaan. Ia seakan sudah menjadi medium perhubungan penting dalam komuniti masyarakat seluruh dunia, tak kiralah di bandar mahupun di kampung. Media sosial mampu menghubungkan semua orang di pelusuk dunia tanpa sempadan. Namun, perasan tak dengan adanya medium ini, masyarakat semakin hilang adab dan pedoman hidup semakin tipis. Perli memerli semakin berleluasa, caci dan keji sesedap rasa. Tahu kenapa hal ini boleh terjadi??? Ini kerana, kita menaip tanpa berhadapan dengan orang yang diperli mahupun dikeji, jadi lajulah taip tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku dengan apa yang dilontarkan di papan kekunci tersebut.

1. Pemerhati Senyap 

Lebih  baik diam jika tak ada perkara baik yang hendak anda katakan. Tahu, hati anda sedang membuak-buak hendak melontarkan kecaman tapi cuba tarik nafas dalam-dalam dan fikir jika anda berhadapan dengan individu tersebut secara realiti, mampukah anda mengecam dan  berdebat dengannya? Mengaku jelah anda hanyalah keyboard warrior, kecut jika berdepan!

2. Unfollow Jika Tak Suka 

Tak suka lihat kebodohan seseorang individu? Tak suka lihat orang buat maksiat? Tak suka lihat orang tunjuk kebahagiaan? Apa susah, klik sahaja butang UNFOLLOW habis cerita! Daripada anda sakit hati dan tambah dosa lihat kemungkaran kemudian mengumpat lagi lepastu mengeji baik anda hindari terus daripada orang-orang sebegini.

3. Saling Menghormati 

Selalu dengar dengan pesanan Hormati orang yang lebih tua? Sebenarnya setiap orang perlu menghormati antara satu sama lain, yang muda hormat yang tua, yang tua hormat yang muda, apatah lagi sebagai netizen, hormatlah individu yang lebih tinggi darjat dan pangkatnya seperti Institusi Di Raja, jika mereka mesra tidak semestinya itu menjadi lampu hijau untuk rakyat mencaci dan menghina mereka sewenang-wenangnya. Anda pun mesti nak orang hormat anda bukan?

4. Jadi orang yang Bermoral

Betul, itu akaun anda jadi anda berhak muat naik apa sahaja yang anda suka. Tapi janganlah sampai muat naik status atau gambar dan video yang tak bermoral. Anda bukan sahaja sengaja mengundang kecaman malah anda secara tidak lansung tidak menghormati komuniti internet yang terdiri daripada orang tua, remaja dan anak kecil yang tidak sepatutnya melihat aktiviti tidak bermoral anda.

5. Follow Akaun Berfaedah 

Apa kata jadikan medium media sosial sebagai medium untuk anda dapatkan ilmu yang  berfaedah semata-mata. Kalau nak tau pasal artis ke instafemes ke tengok blog hiburan je, tak delah anda ada tiket untuk mengecam sesuka hati. Hati anda mesti lebih tenang , cuba anda buat sekarang percayalah hati anda akan lebih tenang!

Ataupun, kalau dah tak boleh kawal sangat emosi layan media sosial, banyak lagi benda bermanfaat lain anda boleh akses di internet. Macam layari SuperDeals untuk dapatkan baucar jimat kaw-kaw untuk makanan, percutian, aktiviti dan banyak lagi.

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *