Aktiviti Menarik Untuk Pasangan Hangat Bercinta

Bosan asyik keluar makan atau jalan-jalan di pusat membeli-belah? Jadikan janjitemu anda bersama si dia lebih bermakna dengan aktiviti-aktiviti yang lebih unik dan boleh disimpan menjadi kenangan sehingga ke hari tua… itu pun kalau tak putus di tengah jalan lah hehe.

1. Uji Minda di BREAKOUT – The Real Escape Game

Cabar diri anda dan pasangan untuk sama-sama melakukan setiap cabaran demi melepaskan diri. Masa ni lah nak tau kesetiaan dan keutuhan cinta pasangan terhadap anda. Dan bagi lelaki, ini peluang anda untuk tunjukkan anda seorang yang sangat protective, dan bagi para gadis anda juga boleh membuktikan yang anda seorang yang bijak dan tidak lemah. Apa-apa pun, kalah atau menang aktiviti ini pasti mencipta seribu memori manis untuk anda dan pasangan. Breakout boleh didapati di Nu Sentral dan Avenue K, jadi tunggu apa lagi…

2. Memandu Drifting Kart di BLASTACARS 

Tingkatkan keterujaan bersama pasangan dengan memandu drifting kart ala-ala Tokyo Drift .Jangan risau cuaca panas , sebab trek ini terletak di dalam bangunan di aras 5 Sungei Wang Plaza. Tapi pastikan dulu anda bukan jenis gelabah ya, kerana anda bakal memantu kart berkuasa tinggi dan perlu drift di setiap selekoh. Kalau tak berani, tengok orang lain pun jadi lah kan. Yang pasti,kalau anda berdua sama-sama lasak, aktiviti ini pasti takkan dilupakan.

3. Kayuh Basikal di Ayer@8 Putrajaya

Bukan biashe-biashe ya basikal kat sini, anda boleh naik basikal / beca berlampu yang sangat cantik.Bertemankan bulan yang menambahkan lagi keromantisan malam, dan deruan angin yang memberikan ketenangan buat anda dan pasangan. Silap haribulan, ada yang melamar pasangan mereka kat sini nanti … ops!

4. Jogging di Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Haa, asyik  keluar makan je, apa kata kalini buat aktiviti berpeluh sikit. Kalau tak larat nak jogging, boleh jalan-jalan sambil menikmati pemandangan cantik yang menghijau sehingga ke puncak Taman Saujana Hijau. Ambil gambar kenangan bersama banyak-banyak sebab lokasi ni memang terkenal dengan panorama yang memukau mata.

4. Menerbangkan Pesawat di e@Curve

Bolehke anda dan pasangan pandu pesawat ni? Jangan risau,walaupun anda dan pasangan bukan juruterbang, anda boleh ambil pengalaman dan ilmu baru jika anda melakukan simulasi penerbangan bersama juruterbang terlatih. Cinta anda berdua pasti terbang tinggi setinggi mana anda menerbangkan pesawat tersebut… Ada dua sesi yang boleh anda pilih, samaada 15 minit atau 30 minit. Klik pautan di bawah untuk diskaun menarik jika anda beli di SuperDeals.com.my.

Sesi Simulasi Penerbangan 15 minit – RM69 

Sesi Simulasi Penerbangan 30 minit – RM126

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *