Apa Guna Cantik Berbaju Raya Tapi Pada Hakikatnya ‘Busuk’?!

Kalau orang lain sibuk beli baju baharu untuk berhias pada Hari Raya, mungkin tidak bagi ssetengah golongan. Ya betul, dalam islam sendiri menuntut kita bercantik-cantik untuk Hari Raya tapi tidak semestinya berhabisan membeli baju baharu. Sudah memadai kalau baju yang dipilih adalah baju terbaik pilihan kita. Kadang-kadang tu pakaian bukan yang utama tapi persiapan yang mampu mencambah keyakinan diri itulah yang akan buatkan kita tampil lebih cantik. Apa kata beri kelainan sikit persiapan Raya kali ini dengan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut :

1. Bulu Mata Meletop – tak usah susah-susah pasang bulu mata palsu nak nampak meletop. Buat ‘perming sudah’. Bukan saja melentik malah tampak lebih natural. Ni engkau nak letak glu pada bulu mata palsu, tepek kat mata, baru masuk waktu zohor kau kena menahan sakit nak tarik keluar bulu mata pasal nak berwudhuk, kan ke menyusahkan diri? Dah! Tak payar pikir panjang, buat je  eyelash perming yang dapat bertahan 6 hingga 12 minggu. Jimat pun jimat, hanya RM55 di Hannan Medispa.

2. Bagi Cahaya Nur Pada Muka – buat facial! Apa erti Aidilfitri, kalau muka tu malap, tak semenggah, seri tak de langsung? Saudara-mara bertandang pun macam tak de selera nak bersalaman.  Pastikan dlm 2 minggu sebelum raya buat Relaxing Oxygenating Glow Facial. Lepas tu bayangkanlah muka anda tu tu terpancar cahaya nur, silap-silap ada yang sangkut , bertemu pulak jodoh. Memanglah facial jenis ni mahal, makan ratusan ringgit tapi dengan Prestige Medispa anda hanya perlu berbelanja RM28!

3. Tebang Segala Hutan Belantara – Apa guna cantik di luar, tapi semak di dalam? Kita rasa pun tak selesa. Bila tak selesa ni lah yang buat keyakinan diri merudum. Jangan fikir banyak! Buat je Brazilian/Bikini / Lower Leg waxing dengan Bubble Gum Wax, bayar RM49 sahaja!

4. Bye Rambut Kepam – Pernah nampak tak orang berhias cantik dengan baju dan mekap tapi rambut gagal? Set rambut bagai tapi pada hakikatnya rambut berminyak, bercabang, keras kejung. Tak kiralah kalau anda sejenis yang bertudung mahupun tidak, rambut kena mantain sihat dulu. Az Zahrah Wellness Centre ada menyediakan rawatan rambut untuk steaming dan cream bath, hanya RM117!

5. Kebersihan Hakiki Bermula Dengan Kuku – Ini yang kebanyakan orang lepas pandang. Bayangkan kuku kau kelihatan herot-berot waktu bersalaman, tak pun waktu tengah acah-acah tolong kat dapur potong ketupat terpancar pulak kehitaman di celah-celah kuku? Alamat dicap pengotorlah jawabnya. Tolonglah pentingkan penampilan kuku. Tak usah sampai berwarna bagai, menicure dan pedicure pun dah cukup bagus! Jadi kau sediakan RM25 je sekarang untuk dapatkan perkhidmatan classic manicure/ classic pedicure / gel manicure / gel pedicure daripada Posh Nails By Zara

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *