Awas ! Jaga-Jaga Dengan Wanita Jenis Ini

Lelaki kena tahu jenis-jenis wanita yang tidak patut didekati ini.

Panas Baran 

Senyuman manis menggoda, jalan bak model hijabista penuh sopan santun, tapi sekali dia marah B*b#, P*[email protected]!M*K, [email protected], S&T+N semua keluar. Bukan takat tu jer, wanita jenis ini juga boleh bertindak agresif sehingga mencederakan pasangan. Mana taknya masa gaduh habis periuk , pinggan, mangkuk, cawan dan pisau terbang. Jangan tak percaya kalau kami katakan, di Malaysia kes penderaan domestik terhadap suami semakin meningkat, tapi mereka malu untuk membuat laporan. Adakah anda ingin menjadi menjadi mangsa keganasan wanita yang seterusnya? Lebih baik anda fikir dalam-dalam.

 

Pisau Cukur


Segalanya nampak indah waktu poket anda penuh. Wanita ini sanggup menggadaikan apa sahaja demi mendapatkan perhatian dan kasih sayang anda, tetapi andai anda ditimpa masalah dan jatuh di bawah, si dia mungkin lari tak cukup tanah menyembunyikan diri daripada anda. Paling teruk, wanita ini mula mencari cinta hati baru yang masih penuh poketnya. Masa ni baru anda sedar yang si dia hanya jatuh hati pada $$$ anda. Tapi, kalau dah tengah hangat bercinta dan sukar melepaskan si dia kami tak nak masuk campur sebab keputusan di tangan anda, anda mampu mengubahnya.

 

Banyak Mengeluh 

Itu complain, Ini complain, semua tak kena di mata dia. Dalam Islam, wanita jenis ini disebut sebagai Ananah, iaitu wanita yang  banyak mengeluh. Wanita jenis ini sentiasa tidak pernah puas hati dengan kehidupan . Dia tidak pernah berterima kasih dengan apa yang disediakan atau diberikan oleh suami. Walau BMW yang diberi sebagai hadiah hari jadi, si dia tetap akan mengeluh dan mungkin bebelannya buat anda panas hati. Sehari dua mungkin boleh diturutkan lagi kemahuannya, tapi kalau untuk seumur hidup, takut anda yang makan hati kerana tidak tahu apa lagi yang dia mahukan untuk memuaskan hati yang tidak pernah bersyukur ini.

 

Tidak Menghormati Orang Tua

Derhaka pada orang tua ada dalam pelbagai bentuk. Yang paling ketara adalah bercakap sambil meninggi-ninggikan suara, tidak pulang menziarahi ibu-bapa di kampung, tidak memikirkan hati dan perasaan orang tua dan banyak lagi. Jika anda memilih wanita sebegini sebagai pasangan, berkemungkinan besar anda sedang menempah bala. Ini kerana, jika dia berani tidak menghormati kedua orang tuanya yang menjaga dan memeliharanya sejak kecil, bagaimana pula dengan anda? Adakah anda yakin wanita jenis ini boleh menghormati anda sebagai suami?

 

Bodoh

Sabar, jangan sentap dulu. Bodoh yang kami maksudkan bukan daripada segi pelajaran, tetapi minda dan pemikiran. Wanita jenis ini tidak pandai berfikir secara rasional, dan sering bertindak melulu tanpa berfikir. Mereka senang dipengaruhi oleh anasir luar yang negatif, seterusnya menjadikan rumah tangga anda kucar kacir kerana kebodohannya. Ada kemungkinan, mereka juga mempunyai tahap cemburu yang melampau, makcik jual karipap tepi jalan pun dia boleh serang sebab senyum dekat anda. Kalau anda suka dikongkong, silakan pilih wanita jenis ini.

 

Pakai Baju Adik 

Wanita jenis ini , jenis tidak tengok cermin sebelum keluar rumah. Ketat dan terlalu sendat, kadang-kadang macam tak cukup nak bernafas je rasa baju yang dia pakai tu. Kan lebih manis jika berbaju yang sopan, selain boleh sorok lemak-lemak berlebihan, dia juga boleh mengelak mata-mata nakal daripada memerhati setiap kali anda bawak dia keluar. Lagipun, kalau baju adik pun dia pakai, takut nanti baju anak anda pun dia rembat .

 

Tudung Kepam 

Pakai tudung murah tak de hal, tapi kalau setiap kali keluar asyik pakai tudung berbau kepam memang jenis wanita pemalas. Untuk pengetahuan  kaum lelaki, tudung ni ringan je dan memang cepat kering, jadi tidak ada alasan untuk wanita ini tidak sempat untuk membasuh tudung mereka melainkan mereka ini jenis yang tidak menjaga kebersihan. Hmm, kalau tudung pun dia malas basuh, agak-agak pakaian dalam-dalam tu bau macam mana ya? Untuk cik adik manis, rajin-rajinlah mencuci, kan ada Sabun Pencuci khas untuk Tudung, bila tudung awak wangi, lagi ramailah orang nak dekat. Oh ya, kalau tudung kena belacan ke, sambal ke atau mekap, boleh spray-spray je untuk hilangkan kotoran dengan cepat. Klik sini untuk dapatkan set Sabun Pencuci Hijab dengan Peluntur Kotoran Instan daripada Niqa Hijab Wash, sekarang ada diskaun extra 10% lagi sempena Hari Wanita Sedunia di SuperDeals.com.my. 

 

Apa-apa pun , pilihan di tangan anda ! Selamat memilih bro.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *