Awas ! Jangan Dekati Lelaki Jenis Ini

Ini amaran penting buat wanita-wanita di luar sana! Jangan terlalu taksub untuk berpasangan sehingga buta memilih yang terbaik untuk masa depan anda. Jom kenali jenis-jenis lelaki yang patut anda reject –

Perokok Tegar

Lelaki kategori ini bukan sahaja tidak sayang nyawa,  malah mereka tidak kisah “membunuh” isteri dan anak-anak dengan menjadikan mereka Third-hand Smoker atau Perokok Ketiga. Tahukah anda, risiko Perokok Ketiga lebih dasyat daripada perokok aktif? ini kerana mereka menyedut lebih banyak toksin atau racun dalam asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif, seterusnya menjadi sumber racun kepada tubuh mereka. Dah tahu ni, masih nak bakal suami perokok tegar ke? Kalau degil jugak boleh lah mula gali kubur sama-sama, Relationship Goals lah katakan, #sehidupsemati.

 

Panas Baran 

Lelaki yang Cool adalah lelaki yang mampu bertenang dan berjaya kawal nafsu marah mereka, fikir secara rasional dan menyelesaikan masalah secara baik. Jika lelaki itu sering menunjukkan sikap barannya di depan anda sebelum mempunyai hubungan yang serius, baik anda cepat-cepat lari. Mula-mula tampar-tampar manja, lama-kelamaan takut anda jadi mangsa sepak terajang si lelaki durjana ni je. Kalau masih berkeras nak melayari bahtera bersama lelaki panas baran, bersiap-sedialah untuk check in Hospital tak lama lagi, ada insuran kan…  apa ada hal.

 

Tidak Menghormati Wanita

Bagaimana ingin mengenali lelaki jenis ini? Mudah je, lelaki sebegini sering merendahkan martabat dan maruah wanita dengan menjadikan wanita bahan jenaka berunsurkan seks dalam perbualan sesama rakan sama ada di pejabat, semasa lepak atau melemparkan komen-komen berunsur lucah di media sosial. Secara automatik, mereka telah membuka pekung sendiri dan menunjukkan betapa rendahnya IQ mereka. Jika mereka tidak kisah berbuat demikian kepada wanita lain, sudah tentu mereka tidak kisah jika ibu, isteri, adik atau kakak perempuan tidak dihormati oleh lelaki lain.

 

Mat Rempit

Tak kisah lah merempit motor atau kereta, lelaki jenis ini jenis yang tidak sayang nyawa. Bukan sahaja menempah maut malah boleh membahayakan nyawa orang sekeliling terutama penumpang. Tambahan pula, duit boleh melayang bayar saman cinta oleh abang polis trafik. Secara positifnya, kalau anda dalam situasi kecemasan hendak bersalin, anda mungkin tak perlu panggil Ambulan jika  bersuamikan lelaki yang handal bawa kereta laju-laju atau merempit. Tapi, itu pun kalau sempat merasa nak mengandunglah, diingatkan sekali lagi, lelaki ini tak sayang nyawa sendiri dan nyawa yang tersayang tau.

 

Tak bertanggungjawab

Lelaki jenis ini sangat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain. Selepas berkahwin, anda mungkin dibebani dengan kerja-kerja rumah yang menimbun tanpa pertolongan si dia. Paling teruk, ada yang mengharapkan sumber kewangan 100% daripada isteri dan duduk goyang kaki di rumah dan hanya tau buat anak tanpa menyedari tanggungjawab suami dan bapa itu amat besar dan berat. Mereka lansung tidak ambil tahu hal kebajikan isteri mahupun hal persekolahan anak-anak, apatah lagi keperluan dan kemahuan anda mungkin terabai setelah beberapa tahun berkahwin. Lelaki jenis ni, memang tahu nak sedap je.

 

Tiada Masa Depan 

Percayalah, cinta anda mungkin akan terkandas di tengah jalan bersama lelaki jenis ini. Hidup berdua memanglah mudah, namun jika sudah beranak-pinak, sudah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa menyediakan tempat tinggal , makan-minum dan pelajaran yang terbaik untuk anak-anak. Anda rasa dia mampu? Hidup sendiri pun tidak terurus, inikan pula nak uruskan keluarga. Memang duit bukan segalanya dan tidak boleh membeli cinta, namun segala-galanya kini memerlukan duit. Apa-apa pun, miskin tak apa, asalkan ada usaha untuk berjaya dan ada perubahan dalam hidup.

 

Tidak Solat 

Solat itu tiang agama! Jika tiangnya sudah rapuh, rumahnya pasti goyah akhirnya rebah menyembah bumi tersembam lumpur yang kotor. Mahukah anda jatuh tersungkur bersama-sama si dia? Tanggungjawab suami membimbing isteri dan keluarga ke syurga bukan sama-sama menarik mereka ke neraka. Bahkan jika ketua keluarga tidak solat, sesebuah keluarga itu mungkin berhadapan dengan masalah rumah tangga, dan sentiasa hidup dalam keadaan tidak tenang kerana tidak mendapat Redha dari Allah. Al maklumlah, bila tak solat automatik dia tidak pernah berdoa memohon kesejahteraan dan perlindungan untuk keluarganya.

 

Buaya Darat 

Lelaki ini memang pandai mengayat wanita dengan kata-kata manis. Mereka bijak mengawal dan memainkan perasaan wanita. Agak sukar untuk lelaki jenis ini menjadikan anda cinta sejati kerana jenis  mata keranjang ini memang pantang lihat wanita. Awek keliling pinggang, tak kan pernah cukup satu.  Jadi, berhati-hati jika anda dirapati lelaki sebegini, sekali kena ngap, pasti sukar untuk melepaskan diri. Jangan sesekali termasuk perangkap mereka jika mereka ingin menjadikan anda isteri, anda mungkin yang pertama tapi mungkin ada lagi yang ke dua, tiga dan empat. Cakap pasal buaya, anda boleh kenali lebih lagi tentang perangai sang buaya di Crocodile Adventureland yang terbesar di Langkawi. SuperDeals.com.my ada menawarkan baucar dengan harga cuma RM65 untuk tiket masuk ke Crocodile Adventureland beserta Cable Car.

Good Luck Ladies ! Semoga anda lebih bijak memilih.

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *