Bahaya “Gadget” Terhadap Kanak-Kanak

Masih ada segelintir ibu-bapa yang mengambil mudah tentang bahana Produk Hiburan Multimedia kepada anak-anak. Kanak-kanak seawal usia setahun dibiarkan bebas menggunakan gadget dan melayari internet tanpa dipantau oleh orang dewasa. Berikut merupakan antara kesan buruk “gadget” kepada kanak-kanak.

Rosak Penglihatan

GIPHY

Paparan skrin yang terang akan menyebabkan mata kering dan suram jika dilihat dengan jarak yang dekat dan tempoh yang lama. Anak anda mungkin rabun pada usia muda.

Kurang Bersosial 

GIPHY

Tabiat bermain dengan gadget menjadikan anak-anak kurang interaksi dalam dunia luar. Mereka tidak akan berminat untuk bergaul dengan ahli keluarga kerana minda mereka lebih tertumpu kepada hiburan di dalam gadget.

Tidak Beradap

GIPHY

Besar kemungkinan kita bakal melahirkan generasi yang tidak beradap. Lihat sahaja pengaruh-pengaruh buruk yang menjadi ikutan remaja sekarang, mereka tidak tahu  membezakan perkara yang lucu ataupun biadap.

Kurang Fokus

GIPHY

Ketagihan terhadap gadget boleh mengganggu pembelajaran anak-anak. Mereka tidak berminat untuk belajar dan mungkin jadi mudah lupa! Ini kerana otak mereka tidak mampu memproses banyak informasi yang diterima melalui Produk Media Hiburan.

Tidak Bermoral

GIPHY

Kemudahan mengakses internet melalui gadget memberikan kanak-kanak akses tanpa kawalan terhadap kandungan yang tidak sepatutnya ditonton pada usia muda seperti keganasan dan seks. Mereka boleh teransang dan melakukan perkara tidak bermoral.

 

 GIPHY

APA KITA NAK BUAT NI???

Jika kita mahu mengurangkan masa mereka dengan gadget, kita juga seharusnya mengurangkan masa kita dengan gadget terutama di hadapan anak-anak. Sebaiknya, luangkan lebih masa dengan mereka. Buat aktiviti yang boleh mengembangkan minda mereka secara sihat seperti bermain di luar rumah atau boleh juga daftarkan mereka untuk bengkel seni. Selain boleh mengasah minda mereka, waktu mereka juga terluang dengan aktiviti berfaedah.

Klik sini untuk beli baucar Bengkel My Art selama 1 jam dengan harga cuma RM35. Semestinya di SuperDeals.Com.My, Jimat Kaw Kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *