Basikal Lajak Bawa Padah

Baru-baru ni, heboh dengan kes budak basikal lajak yang menunggang basikal secara berbahaya di tengah-tengah jalan raya. Apa yang membimbangkan, budak basikal lajak ini rata-ratanya tergolong daripada remaja bawah umur malah ada yang dibawah 12 tahun. Persoalannya sekarang, siapa yang patut dipersalahkan? Adakah ibu-bapa patut dipersalahkan kerana  tidak membuat pemantauan dan terlalu memberi kebebasan terhadap anak-anak ini sehingga keluar lewat malam dan membahayakan nyawa mereka serta pengguna jalan raya yang lain.

Mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ini boleh dikenakan tindakan iaitu denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun  atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan kesalahan membiarkan anak tanpa pengawasan.

Jadi beringatlah sebelum kena! Kawal dan pantau aktiviti anak anda sebelum terjadi sesuatu yang buruk. Seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Banyakkan aktiviti berfaedah seperti riadah bersama seisi keluarga untuk mewujudkan sebuah institusi keluarga yang harmoni. Jika anak anda minat berbasikal, anda boleh dapatkan perkhidmatan sewa basikal gunung dan bersiar-siar bersama-sama secara sihat dan selamat di sekitar Lembah Klang. Klik sini untuk khidmat sewa basikal dengan harga terbaik daripada SuperDeals.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *