BB, CC dan DD Cream, Siapa Yang Acah-Acah Tahu Mari Baca.

Perempuan kalau soal mekap memang nombor satu . Demi kecantikan sanggup tepek apa sahaja di muka. Sampai ada yang tak tau krim jenis apa , pakai je asal nampak cantik cukup kan? Contohnya, bila musim orang dok pakai BB Cream, anda pun ikut pakai. Bila CC Cream diperkenalkan pula, terus cari kat kedai. Datang pula musim DD cream, pun pakat pakai. Apa kejadah krim ni semua? Jom ambil peduli fungsi dan keperluan BB, CC dan DD Cream.

BB Cream

BB adalah singkatan untuk ‘blemish balm’. ‘Blemish’ adalah cela yang terdapat pada kulit wajah contohnya, tona tidak sekata, bekas jerawat, jeregat dan sebagainya. BB Cream ni lebih kurang macam foundation jugalah tetapi memberi litupan yang jauh lebih ringan. Ia juga dianggap sebagai krim multivitamin kerana turut berfungsi sebagai pelembap, primer, pelindung UV, anti penuaan, concealer dan pencerah. BB Cream sesuai untuk yang mempunyai kulit normal ke kulit kering sebab fungsi utamanya adalah mengekalkan kelembapan pada wajah.

CC Cream

CC pula adalah singkatan untuk ‘colour correcting’, ‘complexion corrector’ atau ‘colour control’. Krim ini lebih dikhususkan buat anda yang nak perbaiki tona kulit wajah. Berbeza dengan BB Cream, CC Cream adalah lebih ringan sedikit Seperti juga BB Cream, CC Cream turut berfungsi sebagai krim multivitamin tetapi kadang-kadang diformulasikan dengan kolagen. Nak diikutkan CC Cream sesuai untuk kulit yang berminyak, mudah naik jerawat, berparut dan  kulit pucat. Kalau nak nikmati keberkesanan CC Cream, anda boleh cuba Nagona Collagen CC Cream. Sesuai untuk semua warna kulit sebab ada formula campuran warna khas. Disarankan anda beli di SuperDeals sebab dijual pada harga RM54, harga biasa adalah RM60. Jimat kaw-kaw kot!

 

DD Cream

Beralih pula kita ke DD Cream, singkatan untuk ‘daily defence’ atau ‘dynamic do all’ atau ‘diminish’. Krim ini menggabungkan fungsi kedua-dua BB dan CC tetapi DD adalah paling ringan.Fungsi  sebagai krim multivitamin pula serupa tapi fokus utamanya adalah menentang tanda-tanda penuaan dengan mengurangkan garis-garis halus serta kedutan. Selain itu juga ia menyeimbangkan tona kulit dan melindungi bahagian-bahagian sensitif wajah.

Sekarang dah tau fungsi ketiga-tiga krim, pastikan anda pilih yang betul mengikut keperluan kulit anda ya. Jangan pakai boh lagi ok? Tapi untuk cara sapuan sama je iaitu teknik menggunakan jari. Calitkan krim pada 5 tempat utama iaitu dahi, hidung, kedua-dua belah pipi dan dagu, kemudian ratakan. Selamat mencantikkan diri!

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *