Bermaaf-maafan Di Pagi Raya, Anda Kategori Yang Mana?

Bila tiba pagi raya, budaya bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sudah menjadi lazim antara ahli keluarga.Tidak kira tua atau muda dan besar atau kecil akan mula berkumpul. Selalunya golongan yang lebih tua contohnya atok dan nenek serta ayah dan ibu yang akan duduk dahulu, diikuti ahli keluarga yang lain beratur, satu persatu bersalaman sambil  memohon ampun. Inilah waktunya timbul rasa keinsafan dan penyesalan yang sebenar , seterusnya berlakulah drama air mata dan sebagainya, tapi tak kurang juga yang beranggapan ini hanyalah babak cliche yang dilakukan sekadarnya. itu yang kadang-kadang  terjadinya agenda gurau senda  dan gelak ketawa. Kenal pasti ketegori anda :

 

1. ‘Asal boleh’

Kategori ini terdiri daripada mereka yang sekadar mengikut syarat. Tetap bersalaman dan mengungkap kata maaf tetapi tidak ikhlas, siap boleh gelak-gelak lagi . Tak sure lah nak cover perasaan sedih ke apa. Rugi tau tak betul-betul lahirkan perasaan dari jiwa sebab bila terbit rasa sesal dan insaf , pasti lebih bermakna mengamalkan budaya ini di pagi raya.

2. ‘Kayu’

Jangan tak tau ada yang siap tulis skrip tau. Ucapan maaf punyalah panjang tapi penyampaian gagal. Walaupun isi tip top tapi bunyinya mendatar dan laju macam LRT . Tak ubah seperti pelakon yang berjaya hafal skrip tapi lakonan kayu sebab selalunye bila menghafal tu kita akan jadi lebih terikat dengar skrip, lebih risaukan ketepatan isi dan akan lari fokus pada matlamat sebenar. Tip untuk penyampaian lebih bermakna, tahun depan jangan hafal skrip, buat point form je dan gorenglah sendiri semasa bermaafan dan tengok hasilnya.

3. ‘Drama Air Mata’

Siapa kata Cerekarama je ada babak sedih-sedih? Suasana pagi raya pun boleh sedu-sedan dibuatnya oleh golongan katerogori ini. Sebenarnya bila kita betul-betul mengaku silap dan sangat menyesal, secara automatik  air mata pasti gugur . Sebenarnya indah sangat kalau dapat lalui keadaan sebegini sebab ketika inilah segala rasa malu, takot, segan nak mohon maaf dapat dilepaskan dari benak jiwa setelah berapa lama dok peram dan ketika kita pula yang memaafkan orang rasa lapang di dada tu satu macam. Percayalah apa yang penting, kena ada ada rasa insaf dan ikhlas memaafkan, barulah bermakna budaya ni.

4. ‘Bisu Separa’

Ha…..kategori ni apa pula? Mungkin pada awalnya sesi nampak macam biasa, tapi bila sampai tengah tu akan buat yang memerhati, tertanya-tanya apa yang berlaku. Apa sebab heh? Golongan kategori ini kelihatan cukup bersedia dan yakin ketika bersalaman. Penyampaian yang lancar tergendala di tengah jalan sebab tidak dapat menahan sebak di dada. Gagal untuk meneruskan kata-kata, sama ada diam sambil  berpelukan, atau terus banjir.

5. ‘Si Perfect’

Mesti anda pernah  melalui pengalaman komunikasi sehala? Contohnya sesi bermaafan antara si kakak dan si adik. Adik ni pun melututlah di depan kakak, bersalaman dan memohon ampun. Setelah panjang lebar mengungkap kata-kata, si kakak hanya mengangguk, senyum dan berpelukan kedua-duanya. Dalam hati si adik, ‘ eh aku je mintak maaf? kau tak de buat salah ke?’. Mungkin golongan ini ego atau malu, sebab tu tak balas permohonan maaf, wallahualam. Kita ni manusia biasa…tak kira lah tinggi mana pun pangkat dalam institusi keluarga, abang ke kakak ke, ibu, bapa mahupun suami kita pasti ada buat salah.

Sekian perkongsian buat anda sempena Hari Raya daripada SuperDeals, jimat kaw kaw!

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *