Boyzilian Waxing Bukti Keberanian Kaum Lelaki!

Badan yang sasa tidak menentukan keberanian seseorang lelaki. (sekadar gambar hiasan)

Lelaki sinonim dengan sifat berani, kuat, gagah, perkasa dan yang seangkatan dengannya. Tapi cuba tanya sanggup ke tidak mereka melalui pengalaman untuk menjalani sesi ‘boyzilian waxing’? Percayalah mesti kecut perut punya, tak kira lah sado ke tidak.

‘Boyzilian waxing’ ? Apo ko bondonyo eh?

Bagi yang kurang jelas, boyzilian adalah brazilian waxing versi lelaki, satu kaedah penanggalan bulu atau rerambut di bahagian peribadi lelaki. Bahagian peribadi tu apa? Bahagian ehem ehem laaaa.

Apa yang digodehnya? Sakit dia macam mana?

Mula-mula, kawasan yang hendak dirawat dibersihkan. Lepas tu , kalau ada bulu atau rerambut yang panjang mengurai (eh, ada ke yang simpan sampai mengurai) tu dipotong atau dipangkas terlebih dahulu. Kemudian wax disapu lembut, kalau boleh selembut sutera, kerana waktu inilah degupan jantung akan jadi laju mengalahkan pengantin bila berdepan dengan tok kadi. Setelah itu strip ditekapkan….. dan….waktu ini jantung dah rasa nak tercabut sebab strip bersedia untuk direntap, ditarik secepat dan sekuat kudrat..dann…zasssssssss!

Sakit yang dirasai terus lenyap sebaik melihat melihat bulu atau rerambut habis tercabut dan melekat pada strip. Dah macam ibu bersalin pulak, hilang sakit bila tengok bayi yang baru dilahirkan. Sila ambil maklum darjah kesakitan bersalin tidak boleh ditandingi ya, penulis sekadar memberi perumpamaan keadaan.

Sebaik semak-samun habis ditebang?

Proses menyapu wax dan menekap serta merentap strip diulang bahagian demi bahagian, satu persatu. Bila kawasan yang difokus habis licin macam hutan kena tebang, sejenis krim akan disapukan. Ini bertujuan  untuk memberi efek sejuk dan lembap agar kawasan terbabit kurang rasa sakit dan rasa lebih lega dan juga bagi menghilangkan rasa melekit pada kulit. Kalau tak, mahunya jalan terkepot-kepot, habis hilang segala kejantanan.

Amacam..ada bran?

Jadi, bagaimana penerimaan kaum adam tentang ‘boyzilian waxing’ setelah dihadam kesemua info yang dikongsi? Masih ragu-ragu, masih cuak? Atau anda rasa inilah antara perkara yang dapat membuktikan tahap  keberanian seseorang lelaki? Apa kata lapangkan dada dan cakap pada diri, ‘kalau pompuan boleh, mengapa tidak lelaki?!’ . Bila dah tekad, cepat beli baucar di superdeals.com.my sebab harga untuk Boyzilian (Hardwax) + Gentle Soothing Mask di Waxberries cuma RM58! Mana nak dapat harga ni, selalu ratus-ratus tau.

Goodluck boyz untuk boyzilian !

 

 

 

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *