Cara Berkesan Nak Bagitau Member Mulut Bau Longkang

Anda pernah berdepan dengan kawan-kawan yang mulut berbau? Kalau ada punca tertentu seperti berada dalam keadaan tidak sihat atau mungkin sedang berpuasa boleh dimaafkan sebab masuk akal. Tapi kalau mulut berbau longkang disebabkan gagal bab penjagaan mulut, memang tidak boleh diterima! Masalahnye sekarang bagaimana kalau orang terbabit itu ialah teman sekerja, rakan karib atau teman istimewa? Kadang-kadang lebih sukar untuk memberitahu perkara sebenar kepada orang yang kita rapat kerana risau andai mereka terluka. Tapi kalau tak bagi tahu , kita pulak yang akan merana. Jangan risau, ada tiga cadangan berkesan yang boleh membantu menyelamatkan keadaan :

 

  1. Buat Janji Temu Doktor Gigi Bersama – Anggap anda sangat takut dengan doktor gigi dan perlukan teman. Alang-alang dah berteman tu anda ajak sekali untuk dapatkan rawatan . Serahkan segalanya kepada doktor untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hasilnya, bukan sahaja gigi kalian sihat dan bersih, malah anda dapat berkomunikasi dengan lebih mesra!

  1. Kejutan Hadiah – Kirimkan hadiah penjagaan mulut satu set, lengkap dengan berus gigi, ubat kumur, floss, dan penyembur mulut. Pastikan hadiah-hadiah ini dibalut cantik-cantik dalam kotak yang besar supaya penerima berasa teruja. Bila dibuka, pasti si penerima akan kaku terdiam dan akan faham-faham sendiri.

  1. Buat ‘Fake Account’ – Insya-Allah ini adalah cara yang paling berkesan. Daftar akaun baru FB atau pun IG. Senang kata buat akaun palsu. Kemudian ‘DM’ orang yang berkenaan. Jauhi unsur-unsur berbaur kecaman dan hinaan. Pastikan anda menulis mesej dengan penuh sopan, diplomasi dan kasih sayang sebab niat kita adalah ikhlas untuk membantu. Kalau anda perlukan bantuan sila ‘copy and paste’ template di bawah :

“Assalamualaikum XYZ,

Sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya meminta maaf terlebih dahulu andai mesej ini akan membuat awak marah. Sebenarnya, buat pengetahuan awak, mulut awak sangat berbau. Mungkin awak tidak sedar akan kekurangan ini tapi kalau awak perasan, setiap kali awak bercakap pasti ada yang menahan nafas, menutup hidung dan tak kurang juga beredar pergi. Saya rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej ini sebelum keadaan menjadi lebih parah. Saya tak sanggup bila budak-budak ofis  membawang soal ini di pantry, atau lebih teruk terus-terusan melabel mulut awak berbau longkong. Saya mohon agar awak melakukan sesuatu untuk mendapatkan bantuan kerana ini adalah masalah yag sangat kritikal dan untuk kebaikan masa depan. Ya, saya mengaku sehingga terpaksa buat fake akaun semata-mata untuk menyampaikan mesej ini sebab saya ingin menjaga silaturrahim kita. Jika awak masih tidak dapat terima niat baik saya dan rasa amat terpukul dengan mesej ini, membuat rasa amarah yang amat sangat, tiada apa yang dapat saya katakan. Mungkin awak perlu cari sesuatu terapi untuk meredakan rasa marah itu. Macma saya sendiri, bila perasaan dilanda kemarahan , shopping akan membuatkan emosi saya lebih stabil. Saya sarankan awak untuk  melayari superdeals.com.my , platform membeli-belah berasaskan baucar. Segala tawaran pada harga yang sangat menjimatkan ada untuk makanan & minuman, kecantikan & spa, servis, aktiviti dan percutian. SuperDeals, jimat kaw kaw!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Aku Yang Prihatin”

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *