Cara Bijak Menguruskan Wang

Beli kereta secara TUNAI 

Kalau baru mula kerja, jangan risau tentang pengangkutan, sekarang dah ada banyak pengangkutan awam, lebih jimat dan dapat kumpul duit beli kereta terpakai secara tunai , tak perlu buat pinjaman bank. Percayalah, anda pasti tak nak menyesal dengan komitmen hutang bank yang tinggi sehingga 9 tahun. Dalam masa 9 tahun tu, lebih banyak komitmen lain yang muncul tiba-tiba tau, macam tiba-tiba nak kahwin, tiba-tiba sakit, tiba-tiba nak beli rumah.Jadi selagi  boleh berjimat kita jimatlah, alaah tak naik ruam pun naik kereta secondhand.

Wajib Buat Simpanan

Cara buat simpanan ni sebenarnya bukan belanja dulu kemudian duit yang lebih tu baru kita simpan, tapi sebaliknya. Asingkan dahulu duit untuk simpanan, lepastu baru belanja. Dah simpan tu janganlah asyik-asyik korek duit simpanan bila terdesak. Belanja mesti berpada-pada, ikut kemampuan, jangan ikut trend yang bukan-bukan , biasalah kita ni kadang-kadang lupa nak ukur baju di badan sendiri.

Sedekah & Hulur Pada Ibu Bapa

Ini antara petua nak bagi duit anda beranak pinak. Ehh ini bukan khurafat lah, tapi kan lebih berkat hulur sedikit duit gaji kita kepada orang tua kita. Dan memang tidak asing lagi tentang kebaikan  bersedekah, tak boleh bagi banyak bagilah apa adanya yang penting sentiasa bersedekah. InshaAllah, duit kita akan sentiasa cukup dan mana tahu, ada rezeki lain untuk kita berkat kebaikan yang kita buat ni.

Jangan BerHUTANG

Oklah, kalau korang cakap “anak orang kaya, bolehla semua cash”.. tapi berbalik kepada berbelanja ikut kemampuan tadi, maksudnya kalau tak mampu jangan beli! Ini tidak, orang beli telefon mahal dia pun nak, tapi berhutang dengan Syarikat Telco 2 hingga 3 tahun, kan ke komitmen namanya tu. Lepastu, bab Credit Card, tak salah nak guna tapi mesti bayar balik on time jangan sampai habis limit CC tu lepastu tambah Credit Card baru lepas tu tambah lagi tambah lagi dan lagi. Alamatnya menggununglah hutang korang tak habis-habis.

Shopping Masa SALE 

Jadilah bijak, tahan nafsu membeli tu, bila ada SALE je … haaaa kasi balun semua yang dalam wishlist tu. Kan dah jimat banyak. Tapi kalau tak sabar nak tunggu SALE ada lagi satu cara yang bijak , tak lain tak bukan kat SUPERDEALS yang sentiasa beri anda tawaran yang jimat kaw-kaw. Kalau tak percaya, klik link di bawah untuk buktikan betapa jimatnya beli di SuperDeals ni.

Percutian 2 hari  Malam di Hotel Impian Morib harga asal RM220, tapi kat SuperDeals cuma RM150

Banyak lagi tawaran percutian menarik di SuperDeals, boleh beli bila-bila masa tak perlu tunggu waktu SALE!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *