Cara ‘shortcut’ Nyahkan Lemak Degil?

Dulu aku adalah sejenis orang yang makan banyak macam mana pun badan tetap ‘mantain’. Siap ada yang kata dalam badan aku ada jin yang makan segala makanan aku telan. Tapi semakin berusia, terutama sekali selepas beranak pinak, aku mula rapat dengan ‘lemak degil’ tanpa kerelaanku. Zaman kurusku sudah berlalu tapi aku tetap punya impian nak kembali langsing. Nak bersenam , malas…nak buat diet atkins, hobi aku pulak melantak. Aku nekad….nekad mengambil keputusan untuk menjalani rawatan ‘shortcut’. Tapi sudah tentu aku  rujuk pada yang pakar. Ya lah tak kan tak takut, badan nak pakai lama tu. Berikut adalah serba sedikit info sahih untuk rawatan pelangsingan dalam pasaran tempatan yang berjaya aku dapatkan:

Radiofrequency (RF)

Rawatan ini menggunakan suhu gelombang pada lapisan dermis kulit.  Apa yang akan berlaku adalah, tisu dipanaskan, lemak degil dipecahkan dan kolagen ditambahkan. Kalau buat seminggu sekali dalam tempoh tertentu contohnya dalam sebulan, pasti nampak kesan positif. Katanya segala bahagian yang menggelebir boleh jadi tegang tau.

Laser lipolysis

Rawatan ini menyingkirkan lemak degil pada bahagian tubuh dengan menggunakan laser.  Lemak yang sudah menjadi pepejal seakan ditembak menggunakan sistem laser khas untuk mencairkan lemak. Kemudian lemak cair akan disedut keluar daripada badan dan waktu ini lihatlah betapa banyak lemak  degil yang berjaya dikumpul.  Sewaktu rawatan anda tidak akan merasa sakit pun. Namun sesetengah orang sebaik sahaja selepas rawatan akan mula merasa sengal-sengal, lenguh-lenguh dan pada kulit akan kelihatan seperti lebam-lebam. Jadi kalau masuk kerja ada yang tanya kenapa biru-biru pada lengan ke paha ke..boleh la cover line cakap kena tumbuk dengan suami sewaktu mengigau.

Pembekuan lemak

Haaa ini antara yang terbaharu yang buatkan hati aku membuak-buak untuk mencuba. Ia menggunakan teknologi yang akan menyejukkan lemak degil sehingga mencapai suhu hampir beku. Proses ini mengambil masa selama 60 minit. Sel lemak akan mati dan disingkirkan daripada badan secara semula jadi. Ketebalan lemak akan berkurangan secara beransur dan anda bakal lihat bentuk badan anda kembali ke asal insya-Allah macam anak dara. Tapi ingat ya, apa-apa pun untuk hasil yang lebih berkesan,amalan senaman dan pemakanan yang sihat tetap penting. Apa yang lagi menarik rawatan ‘fat freezing’ di SuperDeals hanya RM99! Harga asal RM200! Takkan tak nak cuba kalau dah separuh harga. Dah lah murah, dengar kata tak sakit pulak tu!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *