Ditinggal Kekasih? Ini Cara Terbaik Untuk Balas Dendam

Pasti ada antara anda yang pernah merasakan pengalaman ditinggal kekasih. Walaupun pahit tetapi terpaksa ditelan jua kan? Ada yang kata lelaki mudah “move on” dan perempuan tidak. Sebenarnya, jika hati dah terpahat rasa sayang, yang ditinggalkan pasti susah untuk melupakan, lagi-lagi jika segala janji manis pernah dilafazkan bersama. “Awak terlalu baik untuk saya”, “Gangguan Orang Ke tiga”, “Tiada Hati” , “Blue Tick”  atau apa sahaja kesudahan yang anda lalui, jangan jadikan ia alasan untuk anda “down” atau punca anda kemurungan. Sepatutnya, anda perlu buktikan bahawa anda layak untuk dapat kekasih yang lebih berkualiti. Bagaimana caranya? Upgrade diri anda jadi orang yang lebih baik dan hebat daripada sekarang. Ini perkara-perkara yang boleh buat bekas kekasih anda gigit jari sebab tinggalkan anda –

Hidup Lebih Sihat & Kuat

Untuk lelaki , mungkin anda boleh mula berjinak-jinak ke Gym dan bina “six pack” . Selain jadi lebih sado dan digilai lebih ramai wanita, aktiviti di Gym boleh membantu anda melupakan kenangan bersama si dia. Lagipun, daripada anda membazir air mata tak dapat apa-apa, baik anda bazirkan titis titis peluh yang boleh menjadikan anda lelaki macho dan sihat.

Ilmu Penyuluh Hidup 

Jangan buang masa fikirkan masa lalu yang hanya boleh buat anda jatuh tergolek-golek, sebaliknya cari hobi atau ilmu baru yang boleh memanfaatkan anda pada masa hadapan. Mungkin anda boleh mula fikirkan untuk menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi atau kelas jangka masa pendek seperti kelas memasak, kelas untuk memulakan perniagaan, atau kelas mengaji.

Luaskan Kuasamu 

Kalau dulu anda jenis berkepit ke hulu ke hilir dengan pasangan, tapi sekarang apa kata tambah senarai kawan berkualiti anda dari semasa ke semasa. Tunjukkan pada si dia yang anda bukan “loser”. Tunjukkan pada si dia yang anda tak ada masa untuk meratapi pemergian dia dan lebih sibuk untuk have fun dengan kawan-kawan baru anda.

Sayangi Dirimu 

Sebelum kita mahu diri disayangi orang lain, lebih baik kita sayangkan diri kita dulu. “Upgrade” penampilan anda, selain dapat jadi lebih cantik, anda juga dapat tingkatkan lagi keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Kalau dulu mekap biasa-biasa je, sekarang apa kata mekap macam professional biar kejelitaan anda mencairkan setiap mata yang memandang termasuk si bekas kekasih. Kalau tak mahir, anda boleh join kelas mekap murah-murah macam beli baucar di SuperDeals.com.my untuk kelas mekap dan penggayaan rambut dengan harga Cuma RM65 seorang selepas diskaun, berbaloi sangat.

Amacam, ada brani tak nak cuba semua ni? Apa-apa pun tak salah nak sedih kalau ditinggalkan, tapi janganlah melampau pula. Anda perlu ingat, selepas hujan ada pelangi yang akan muncul. Jadi bersabarlah dan berfikir secara rasional. Jangan buat sesuatu di luar batasan hanya sekadar ingin  mendapatkan sesuatu yang bukan milik kita.

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *