Duit Gaji Sentiasa Tak Cukup? Bukan Pasal Gaji Besar ke Kecik, Tapi Percayalah Ini Soal Tiada Keberkatan. Pernahkah Anda Lalui Senario Berikut?

  1. Makan Gaji Buta – seseorang itu wajib untuk memberi komitmen yang sepatutnya bila bekerja sehingga mendapat gaji/upah. Tapi kalau asyik datang lambat, balik awal atau ngelat bagi segala tugasan kat budak praktikal, tiba akhir bulan masih dapat gaji macam biasa? Tu namanya makan gaji buta. Tak berkat!
  2. Tangguh Bayar Hutang – Biasakan janji kawan nak bayar hutang lepas dapat gaji? Tiba waktu patut bayar kau bagi macam-macam alasan tapi sebenarnya kau plan pergi bercuti. Bercuti pulak pakai kad kredit.Inilah alamat bila gaji tak berkat. Hutang makin berganda.
  3. Tak Payah Hulur Mak Ayah – Masa mula-mula kerja, excited kan nak bagi duit kat mak ayah? Iyalah baru merasa dapat gaji. Lama-lama tu bila pangkat makin naik, gaji makin tinggi, makin seronok berbelanja, peruntukan untuk mak ayah pulak terabai. Bila ini berlaku, gaji yang banyak pun tak rasa cukup sebab tiada lagi nikmat keberkatan. Mesti bagi kat mak ayah walau mereka berharta sekali pun.
  4. Poket Rabak Sebab Isteri? – Kalau ada yang beranggapan macam ni, sila meninggal ya. Para suami tolong jangan ambil remeh lebih lebih lagi bila isteri masing-masing kerja. Ada duit sendiri ke tidak, isteri tetap amanah Allah, jadi wajib bagi nafkah. Lagi bagus kalau rajin belanja isteri, lepas tu cuba tengok kederasan aliran rezeki. Semua ni sebab berkat bersedekah kat isteri lah. Tapi kau tak payah lah berhabisan yang tak sepatutnya, cukup sekadar tidak berkira dan tidak kedekut. Ala setakat belanja facial ke spa ke dinner ke massage ke…tak luak pun. Survey dulu superdeals.com.my , banyak kot tawaran yang jimat kaw kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *