Durian Bantu Halangi Penjahat Ceroboh Rumah?

Durian….raja segala buah. Ramai yang cukup menggemari durian namun tak kurang juga yang seolah-olah jijik. Jijik tu mungkin lebih pada baunya yang kurang menyenangkan sebab tu ada yang sampai kata ‘taste like heaven, smell like hell’. Tak kisahlah suka durian atau tidak, itu berbalik pada citarasa masing-masing. Durian tak paksa pun suka depa. Yang penting ada petua buat si pemakan durian mahu pun bukan yang ingin dikongsi.

Tiada lagi hantukan Kepala Di Dining Akibat Migraine

Image result for minum dalam pangsa durian

Bila dah makan buah durian tak ingat dunia, silap-silap boleh demam atau menyebabkan rasa tidak selesa pada badan. Lagi teruk kalau migraine melanda sampai hantuk-hantuk kepala dibuatnya. Sebab tu ramai mengesyorkan  minum air dalam pangsa durian untuk menyejukkan badan. Sebenarnya tujuan sebenar adalah untuk mengelakkan seseorang itu daripada mengalami dehidrasi teruk dan untuk mengelak daripada berlakunya peningkatan gula dalam badan.

Melepaskan Diri Daripada Penjara Bau Tak Semenggah

Image result for tangkai durian

Bila dah puas makan durian di kampung, teringin pula bawak balik sebiji dua buat bekalan. Yang peliknya durian dah habis berhari-hari pun masih tebal bau memenuhi ruang kereta. Gunakan tangkai durian. Caranya patahkan tangkai durian dan belah hujungnya. Selitkan belahan pada jejaring aircond kereta anda. Ramai yang bersetuju keberkesanan petua ini menghilang bau durian dalam kereta

Muka Cantik Tangan Busuk

Image result for cuci tangan dengan kulit durian

Perasan tak anda lepas makan duria, basuh tangan dengan apa jenis sabung pun masih tak hilang bau dia. Apa guna mekap tebal kalau bau durian tebal di jari-jemari anda yang runcing tu kan? Cuba tip ini, selepas makan, ambil kulit durian dan siram air di atasnya. Air siraman itu anda gunakan untuk basuh tangan, insya-Allah hilang bau kuat durian

Menghalang Penjahat Masuk Rumah

Selepas anda menikmati kesedapan durian sehingga menjilat jari tu, jangan dibuang kesemua kulit. Simpanlah dalam tiga, empat bagi tujuan meningkatkan keselamatan rumah anda. Bagaimana? Ambil kulit durian dan letakkan betul-betul di  hadapan pintu masuk dengan menelangkupkannya agar bahagian tajam kulit berada di atas. Walaupun ada pencuri mahupun perompak berjaya membuka pintu rumah anda, mereka pasti terpijak kulit durian yang tajam itu sewaktu melangkah masuk. Jeritan batinku pasti dapat mengejutkan tuan rumah daripada tidur maka gagallah niat jahat si penjahat itu. Hhhehehheh… Ok..jangan marah , ini gurauan semata sekadar nak mencuit hati pembaca.

 

Tapi kami tidak bergurau bila anda boleh nikmati kek durian 1.6kg daripada Victoria Station pada harga hanya RM49.90 daripada harga asal RM128. Promosi berakhir 31 Ogos ini. Cuba tengok gambar dulu, agak-agak kecur air liur tak?

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *