Fenomena “done” kembali….

Bulan Ramadan kembali tiba. Maka ruangan sosial media bakal dipenuhi gambar atau status ‘done sahur’,’done iftar’, ‘done tarawih dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan ibadah atau aktiviti sepanjang berpuasa.  Fenomena ini bagai  trend yang menjadi ikutan segenap lapisan umur. Ramai dalam kalangan netizen meluat dengan trend ini. Rata-rata merasakan perangai sebegini tidak semenggah, lari objektif sebab lebih cenderung mengumpul ‘like’ di laman sosial daripada mengumpul pahala dan terutama sekali terbit rasa takbur dalam hati sewaktu mengerjakan ibadat.

 

Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan, baik buruk status itu bergantung kepada hati pembaca. Jadi sempena bulan baik bulan mulia ini apa kata kita persetankan apa niat si pemuat naik dan  sama-sama kita cuba pupuk diri jadi positif. Bagaimana?

  1. jangan pandang status tersebut sebagai poyo atau nak menunjuk-nunjuk tetapi sesuatu yang mencabar kita untuk turut melakukan ibadat.
  2. anggap keadaan trend ini dapat memeriahkan sambutan hari yang mulia ini dengan kebaikan. Semua berlumba-lumba membuat ibadat
  3. baik buruk status itu bergantung kepada bagaiman hati kita membacanya jadi cuba buang segala andaian
  4. mungkin hari ni mereka berniat nak menunjuk. Esok lusa bila dah terbiasa, insya-Allah rasa ikhlas makin menebal dalam diri.

Kesimpulannya, pokok pangkal bagaimana kita buat penilaian untuk sesuatu. Kalau nak bagi contoh lain, bila kita menilai perbelanjaan kita , adakah kita membeli ikut keperluan atau kehendak? Atau pun boros atau tidah bila kita berbelanja? Macam shopping di SuperDeals.com.my, sempena #puasawithsuperdeals , ‘boros’ memang tak ada dalam kamus sebab banyak yang boleh jimat. Anda boleh dapat potongan harga bermula dari RM20!

Salam Ramadan daripada SuperDeals … Jimat Kaw Kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *