Fitnah Pada Coklat Yang Buat Anda Percaya Selama Ini!

Pernah tak anda menjadi mangsa fitnah? Bukan sahaja dilempar tuduhan yang bukan-bukan malah berjaya membuat orang lain mempercayainya. Coklat juga tidak lari daripada menghadapi dugaan ini. Ya, coklat. Coklat yang sedap tu. Coklat yang menjadi kegemaran ramai tu. Andai anda adalah seorang pencinta coklat pasti anda pernah berdepan dengan situasi berikut  :

‘Lahhh patutlah badan kau naik. Gila makan coklat rupanya’ – masalah kegemukan biasa terjadi apabila seseorang itu makan berlebihan. Jika kita makan apa sahaja pun secara sederhana termasuklah coklat dan bersenam secara konsisten, tentu masalah obesiti mampun dielakkan. Jadi kenapa coklat yang dipersalahkan kalau berat badan naik?

‘Ehhhhhh jangan bagi budak makan coklat. Rosak gigi nanti’ – Ada satu kajian yang dijalankan di Jepun mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi. Namun ada sesetengah jenis coklat diletakkan kandungan gula yang tinggi dan telah menjejaskan fungsi agen ini sekaligus menyebabkan kerosakan gigi. jadi sekarang gula yang salah ke coklat? Tepuk dada tanya selera ya.

‘Kau ni tak habis-habis makan coklatkan. Cubalah makan makanan yang berkhasiat!’ – tolong sikit ya. Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram menyumbang banyak zat dan khasiat kepada nilai pemakanan harian. Zat-zat itu ialah : kalsium (9%), riboflavin (9%), protein (6%), zat besi (3%), vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%). jelas terbukti coklat adalah sangat berkhasiat, lebih-lebih lagi kalau ada campuran kacang atau mentega kacang.

‘Sorry sayang, i bukan tak nak share coklat dengan you, i just tak nak muka u naik jerawat, takut nanti kita clash’ – biasa juga dengar kan coklat antara penyebab jerawat. Tetapi percayalah, sekitar tahun 1960-an satu kajian telah dijalankan dan gagal membuktikan jerawat ada kaitan dengan coklat. Satu kajian lagi dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika telah membuat kesimpulan, pemakanan tidak memainkan peranan dalam menyebabkan seseorang itu mengalami masalah jerawat. Jadi, siapa kata muka ‘ploles’ je boleh makan coklat?

Haaaa….dah jelas semua ni mitos belaka kan? Kalau dah tau bolehlah terus menikmati keenakkan coklat. Jom cuba Tart Cadbury. Kalau biasa tart nanas kan? Haaa ni inti dia coklat cadbury. Macam tak percayakan? Tapi percayalah ada tawaran tart Cadbury di superdeals.com.my  dengan potongan harga sebanyak 20%!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *