Gara-gara Dilabel Wanita Berloceng, Aku Ditinggal Kekasih.

Mungkin cerita aku ni tak beri kesan kepada sesiapa. Aku tak kisah pun sebab aku bukan insta famous pun yang sering menjadi perhatian walaupun sekadar berkongsi cerita ringan. Biarlah coretanku ini menjadi luahan yang dapat melepaskan segala yang terbuku dalam hati atau mungkin dapat beri pengajaran buat sesiapa yang sudi membaca.
Aku Laili, sejak bangku sekolah terkenal dengan keaktifan aku bukan sahaja dari segi akademik malah sukan. Orang kata all-rounder. Sejujurnya aku dikategorikan sebagai gadis cantik. Senang kata cukup pakej. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, nama Laili pun aku pakai boh je supaya tak de yang dapat tangkap. Aku sering menjadi perhatian pelajar-pelajar lelaki. Walaupun menjadi tumpuan, aku tetap setia pada Akil. Kami rapat sejak tingkatan dua lagi. Bila masing-masing masuk universiti, hubungan jadi renggang. Orang kata biasalah, baru sedar banyak lagi pilihan sampai jadi goyang iman. Namun hubungan kami bukan terganggu dek orang ketiga, tapi atas sebab diriku sendiri.

Segala-galanya bermula apabila bulu di bahagian atas bibir semakin menebal. Memang sejak kecil aku mempunyai bulu roma yang lebat terutama di bahagian lengan dan wajah. Tapi tidaklah sampai memalukan. Malah ramai pula yang beranggapan seksi. Tapi bila dah makin lebat di bibir seakan berkumis bukan seksi lagi tu. Seram adalah kan?

Aku malu…..aku buntu…semakin hari semakin ramai perasan keadaan wajahku. Ada je orang menegur, tak kurang juga yang berlawak. Aku okay je sebab aku anggap semua itu hanya gurauan dan aku pulak bukan sejenis yang mudah ambil hati. Tapi apa yang merisaukan aku adalah penerimaan Akil. Mungkinkah dia geli? Atau  dia akan malu berdampingan denganku? Hilangkah nanti kasihnya pada diriku? Dapatkah hubungan kami bertahan?

Sejak hari terakhir persekolahan sehinggalah tamat semester pertama, barulah kami dapat bersua. Bayangkan tahap kerinduan masing-masing bagaimana ketika itu.  Namun, apabila saat mata bertentang mata, Akil kulihat kaku berdiri, diam seribu bahasa, mata tidak berkedip. Pertemuan kali ini benar-benar berbeza. Kami sekadar keluar makan, dan tidak banyak berborak, dingin. Aku mula menghidu sesuatu yang tidak menyenangkan dan sangkaan aku tidak meleset. Aku telah menerima kiriman teks menerusi whatsapp. Akil ingin memutuskan perhubungan kami. Keputusannya aku terima dengan redha tapi apa yang tidak dapat aku terima apabila alasan yang diberi adalah kerana tidak mahu dianggap berhubungan dengan wanita berloceng. Kau labelkan aku wanita berloceng hanya kerana aku wanita berkumis? Aku tak tau nak marah atau gelak. Tapi yang pasti dia adalah lelaki paling bodoh aku pernah jumpa. Tak tau kah dia sekarang ni macam-macam rawatan boleh didapati untuk masalah macam aku ni? Kalau mahal sekali pun aku tak hadap pun duit engkau nak sponsor sebab di SuperDeals aku boleh dapatkan IPL Upper Lips Hair Removal pada harga cuma RM99! 

.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *