Pernah tak anda terfikir ada hidupan laut yang mengerikan tinggal di dalam lautan yang dalam. Jom kita tengok antara haiwan-haiwan yang pelik dan ngeri pernah ditemukan didalam laut dalam.
1. Kraken
Sotong Gergasi ini mampu menenggelamkan sebuah kapal pelayaran. Namun kewujudannya masih menjadi tanda tanya sama ada ia adalah mitos ataupun benar-benar wujud.
2. Frilled Shark
Nampak macam ikan keli kan? Buat masak lemak cili api mesti sedap ni. Tapi jangan tertipu kerana ini adalah salah satu jenis paus yang tinggal di bawah kedalaman 1.524meter dan panjangnya boleh mencapai sehingga 1.8 meter.
3. Hiu Goblin
Tengok gigi je pun dah kecut perut ! Inilah sejenis paus yang tinggal 1.310 meter di bawah permukaan laut. Agaknya kalau kena ngappp, macam daging kisar dibuatnya.
4. Cyclops Shark
Sekali pandang nampak seram kerana ikan ini hanya bermata satu, buntang pulak tu matanya. Tapi bila diteliti ada kecomelan pada haiwan laut daripada spesis Yu Albino ini.
5. Buaya Laut Masin
Siapa je tak takut buaya kan, sejenis spesih haiwan pemangsa yang cukup terkenal dengan kerakusannya apabila mendapat mangsa. Hati-hati kalau mandi di pantai ya, takut ada yang memerhati.
5. Ikan Jerung
Nampak je sirip segi tiga tu pasti menggeletar satu badan, mana taknya ia milik si predator ikan jerung yang tak berhati perut ini. Kalau nak jumpa di laut memang tak berani lah, tapi anda berpeluang tengok ikan ini di Aquaria KLCC. Harga tiket cuma RM35 untuk dewasa dan RM24 untuk kanak-kanak jika anda beli di SuperDeals.







