Hantu Paling Popular di Malaysia

Sejak kecil, kita sering dimomokkan dengan cerita-cerita hantu tak kiralah pengalaman individu itu sendiri mahupun pengalaman orang lain. Yang peliknya, hantu-hantu di setiap benua berlainan ya. Yelah, hantu orang putih lain, hantu jepun pun lain… senang kata setiap hantu di setiap negara mempunyai identiti mereka yang tersendiri. Ini antara hantu yang paling popular di Malaysia.

Pontianak

Mitos pontianak mengatakan ia adalah jelmaan wanita yang sangat cantik , dia mati ketika melahirkan anak dan ada paku di belakang tengkuknya, jika dicabut mengilailah dia mencari mangsa.

Pocong

Kononnya apabila seseorang itu mati dan tidak dilepaskan tali kain kapannya, si mati akan bangun dan merayau-rayau bagi meminta pertolongan agar dilepaskan tali tersebut.

Toyol

Hantu menyerupai kanak-kanak ini memang panjang tangan, ia dikatakan belaan seseorang individu yang mengamalkan perbuatan syirik dan digunakan untuk tujuan mencuri wang.

Penanggal

Seram, hantu ini merayau dan terbang hanya dengan kepala dan perut yang terburai. Kata orang, penanggal ini belaan atau saka seseorang bagi tujuan tidak baik dan ia perlu diberi makan darah wanita yang baru bersalin.

Hantu Kopek/ Tetek

Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain sorok-sorok terutama pada waktu Magrib, risau disorokkan hantu kopek. Hantu ini dipercayai menyerupai wanita tua dan mempunya kopek/tetek yang lanjut atau panjang dan akan menyorokkan kanak-kanak.

Hantu Kak Limah

Walaupun ia hanya rekaan dalam sebuah filem, namun namanya menjadi sebutan semua peringkat umur. Malang sungguh bagi mereka yang berambut  menggerbang dan tidak terurus, mana tidaknya mereka sering kali dikaitkan dengan Hantu Kak Limah.

Maaflah kalau ada yang terasa. Kami faham anda tak sempat nak jaga dan merapikan rambut sampai jadi macam Kak Limah, jadi apa kata anda singgah ke 3 Sense Hair Studio untuk dapatkan rawatan rambut yang sewajarnya, boleh basuh dan blow , luruskan rambut, dan mungkin ada yang nak tampilkan kelainan dengan mewarnakan rambut. Ingat, rambut tu sebahagian daripada mahkota wanita.

GIPHY

Klik sini untuk baucar menjimatkan daripada SuperDeals.

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *