Hantu Purdah

Ingat lagi tak era lewat 90an dulu, kisah Hantu Purdah yang menular di seluruh Malaysia walaupun waktu itu belum wujud lagi media sosial mahupun Whatsapp atau Telegram. Terlihat je kelibat wanita berpurdah dengan kancil merah, semua mesti kecut perut. Mana taknya, hantu purdah ini dikatakan ligat mencari darah anak dara demi melunaskan nafsu syaitan yang dipujanya untuk dia kelihatan cantik.

Ceritanya bermula apabila seorang gadis penuntut IPTA yang dipinggirkan kerana rupanya yang biasa-biasa sahaja dikalangan rakan-rakan yang cantik dan sering mendapat perhatian. Dia akhirnya mengambil jalan singkat dan berjumpa seorang bomoh untuk menjadi cantik, dia kemudian mengamalkan petua yang diberi bomoh dengan syarat tidak boleh melihat wajahnya di cermin selama 44 hari. Namun, belum sampai 44 hari, dia sudah dipuji rakan-rakan dan mendapat perhatian jejaka-jejaka di Universiti dengan kecantikannya. Akibat tidak sabar, dia telah melanggar pantang, dan wajahnya bertukar menjadi sangat hodoh.

Dia bertemu semula dengan bomoh yang sama dan bomoh tersebut mengatakan dia perlu minum darah anak dara seramai 40orang. Maka bermulalah pencariannya demi mendapatkan wajah cantiknya semula. Gadis ini memakai purdah demi menutup wajahnya yang hodoh dan membawa kereta kancil berwarna merah merayau-rayau di seluruh pelusuk negeri. Pintu-pintu rumah diketuk dan dia akan bertanya sama ada rumah tersebut ada anak dara atau tidak. Untuk mengaburi mata masyarakat, dia kononnya menjual kain pasang untuk anak-anak dara. Jika tuan rumah mengatakan rumahnya ada anak dara, dia akan kembali pada waktu malam untuk menunaikan nafsu syaitan yang dipujanya.

Pada zaman itu, anak-anak gadis sangat takut untuk keluar rumah. Namun, kisah ini berlalu begitu sahaja dengan hilangnya kelibat gadis berpurdah berkancil merah ini. Kesahihannya tidak dapat dipastikan namun kisah ini pernah menjadi berita sensasi di muka depan akhbar apabila kononnya Ibu gadis malang ini mengiyakan anaknya yang telah tersalah mengambil langkah dengan menggunakan ilmu hitam dan melanggar pantang. Gadis ini dikatakan tidak sempat untuk melengkapkan 40 orang anak dara dan telah dikurung oleh orang tuanya di bawah rumah. Wallahualam.

Semoga cerita ini dapat memberi iktibar dan dijadikan tauladan buat kita semua. Memang lumrah setiap manusia sukakan kecantikan, namun tidak perlulah menggunakan jalan pintas yang boleh memakan diri. Lagipun zaman sekarang, banyak alternatif dan cara yang boleh jadikan anda cantik. Hanya perlukan sedikit usaha dan kesabaran kerana apa yang kita mahukan takkan datang bergolek. Selain petua dan tip menjaga kecantikan wajah secara tradisional, anda juga boleh dapatkan spa wajah mengikut keperluan wajah anda. Tak perlu merayau-rayau dengan kancil merah, cukup sekadar jari jari anda merayau di papan kekunci dengan menaip SuperDeals.Com.My. Banyak tawaran menarik yang anda boleh dapat seperti Rawatan Wajah 1 Jam 30 Minit daripada Posh Nail by Zara cuma RM29.

via GIPHY

Tapi ingat, jangan terlalu obses untuk cantik kerana setiap daripada kita dilahirkan dengan kecantikan yang tersendiri. Yakin dan serlahkan kecantikan anda dengan cara anda ok?

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *