Ini Tip Mudah Penjagaan Kulit Wajah Agar Kekal Mulus Berseri

Siapa kata untuk dapatkan kulit wajah idaman perlu belanja besar?

TIDAK SEMESTINYA !!!

Cukup sekadar mengikuti langkah-langkah yang betul dalam penjagaan rutin kulit wajah.

Lagipun, produk mahal ataupun murah bukanlah ukuran, TETAPI kesesuaiannya pada kulit anda. Bila kami katakan produk murah, tak bermaksud kami beri anda lampu hijau untuk beli jenama tiruan. INGAT, KATAKAN TIDAK PADA JENAMA TIRUAN! Kerana kesan jangka masa panjangya boleh buat muka anda Breakout teruk.

Ok lah, tak nak membebel panjang dan kita teruskan kepada langkah yang betul Proses Penjagaan Kulit Wajah.

1. CLEANSE – Membersihkan wajah daripada kotoran , mekap dan daki. Perlu dibuat sekurang-kurangnya dua kali sehari. Rajin-rajinlah periksa jenis kulit anda macam mana, kering atau berminyak atau kedua-duanya. Ini kerana pilihan jenis pencuci muka amat penting mengikut kesesuaian kulit anda.

2. EXFOLIATE – Mencuci sahaja tidak cukup untuk membersihkan kotoran-kotoran degil pada muka. Lakukan scrub wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghilangkan sel mati untuk mengelakkan pori tersumbat.

3. TONE – Fungsi dia untuk membersihkan kotoran pada kulit muka  jugak. Kalau dah yakin bersih masa langkah pertama tadi , tak nak guna toner pun tak pe. Tapi, Toner boleh membantu dalam keseimbangan PH kulit anda. Pilih Toner yang betul-betul ikut kesesuaian kulit ya.

4. MOISTURIZE – Yang ni paling best, sebab fungsi dia untuk melembapkan kulit wajah anda. Rasa kulit wajah sejuk dan segar je jika cukup hidrat.

5. PROTECT – Ramai yang tidak menitikberatkan perlindungan kulit wajah daripada matahari. Tahu tak sinar UV boleh merosakkan kulit. Sia-sia je kalau anda buat semua langkah penjagaan di atas lepastu dedahkan kulit wajah tanpa sebarang perlindungan daripada Sunblock atau Sunscreen.

Lima langkah je kan? Senang ke susah?

Bagi yang nakkan cucian wajah lebih sempurna, boleh dapatkan Cleansing Brush yang memberikan cucian lebih mendalam untuk kulit wajah anda. Boleh digunakan semasa Langkah pertama (CLEANSE) atau semasa langkah ketiga (EXFOLIATE) sebab produk ini boleh memberikan urutan sambil mencuci. Hasilnya, kulit akan lebih tegang dan halus muluss je.

Klik sini untuk dapatkan OGAWA Unique Viv 3 In 1 Wireless Silicone Facial Cleansing Brush dengan separuh harga. Semestinya di SuperDeals.com.my, jimat kaw kaw.

 

 

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *