Isteri merajuk? Cuba Teknik Ni Pulak

Perempuan memang banyak mood, seminit OK seminit lepastu eh merajuk pulak? Tapi sebab sayang , Abang layankan jelah mood sayang tu… ala bucuk-bucuk manja.   Bagi bunga sudah, coklat sudah, bawa pergi makan malam romantik pun dah, sampaikan sanggup bawa naik limo pusing-pusing KL , TAPI isteri masih cakap

“Kenapa awak tak faham saya?”

OMG !!!! dia nak apa sebenarnya ??? Eh, relax, benda boleh bawa berbincang bang. Cuba cara ni, confirm dia senyum sampai telinga.

  1. Manjakan Isteri

Walaupun penat, tiada Isteri dan Ibu yang sanggup biarkan keperluan suami dan anak-anak terabai. Sedangkan Ultraman yang SuperHero tu pon boleh habis bateri masa lawan raksasa, inikan pulak si Isteri yang bertulangkan empat kerat. So, belanjalah isteri pergi Spa kerana mengikut fakta, ada beberapa teknik urutan yang boleh membantu menurunkan kadar hormon stress dan merawat badan yang lesu.

  1. Bagi Isteri “Me Time”

Rutin yang sibuk sering menjadi penghalang untuk isteri meluangkan masa melakukan aktiviti gila-gila bersama rakan. Sebelum dia naik gila, sekali-sekala bagilah dia “berlagak bujang” dan anda ambil tugas mengurus anak-anak di rumah. Nak tambahkan lagi senyuman, jangan lupa bagi duit poket untuk si isteri enjoy!

  1. Buktikan Kelelakian Anda

Masa isteri anda sibuk “Me Time”, apa kata anda buat kejutan untuk dia di rumah. Tak payah belon helium, tabur kelopak bunga mawar atas katil pun tak perlu , TAPI bantu ringankan tugas isteri selesaikan kerja rumah. Malas? Apa ada hal, kan ada banyak servis cucian barangan rumah. Cuci karpet, cuci tilam semua di hujung jari.

  1. Jadi “Badut”

Pernah dengar tak, perempuan suka lelaki kelakar? Mana taknya lelaki yang ada sense of humor dikatakan mampu menghiburkan hati yang sedang lara. Tapi buat lawak tu berpada-pada, takut ada yang kena baling pinggan nanti.

  1. Lafazkan “Maaf”

Turunkan ego anda dan akui kesilapan yang anda dah buat dengan hati yang paling ikhlas. Percayalah, Inilah kunci kepada kemaafan seorang wanita. Tak percaya, cuba lah sendiri. Tapi kalau dah asyik buat kesilapan yang sama, kami tak jamin kata Maaf anda tu boleh pakai ke tak. Good Luck!

Jadilah lebih kreatif, variasikan teknik memujuk isteri dan ia tak semestinya memerlukan kos yang tinggi, sebab  banyak platform yang boleh membantu anda jadi lelaki romantik dengan cara yang jimat. Tak percaya? Layari www.superdeals.com.my dan jadilah suami yang paling cool. 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *