Jangan Pakai Boh Je Basuh Muka!

Bagaimana cara anda mencuci wajah? Sekadar basahkan muka, tonyoh-tonyoh dengan sabun dan bilas? Apa kata guna teknik yang betul, barulah wajah boleh kekal sihat, segar dan berseri. Jom kita kenal pasti langkah-langkah yang betul berikut :

1. Basahkan Muka

a. Mula-mula tarik rambut dengan rapi ke belakang, jangan biarkan ada yang terjurai-jurai pada wajah. Takkan ni pun malaskan?

b. Basahkan wajah dengan air yang suam. Menggunakan air yang sejuk atau panas kadnag-kadang boleh menyebabkan iritasi.

c. Dengan wajah yang cukup basah,hanya dengan sedikit  sabun pencuci wajah dapat diratakan sepenuhnya pada kulit. Jadi tak payahlah guna banyak-banyak, membazir!

2. Sapukan Pencuci

a. Sapukan pada wajah dengan gerakan membulat. Pastikan setiap inci wajah dilitupi pencuci.

b. Urut wajah dengan gerakan membulat selama 30 saat hingga 1 minit

c. Chup! Ada tak yang cuci muka dengan sabun tangan atau sabun badan je. Senang katanya dapat sekalikan terus ye tak? No no no! Sebab kulit pada wajah adalah bahagian kulit yang paling sensitif berbanding bahagian lain. Sayangilah kulit anda dengan dapatkan produk yang sebetulnya. Anda boleh cuba Nagano White Perfect Cleanser. Harga pasaran mungkin agak tinggi bagi sesetengah kita tapi kalau anda beli di superdeals.com.my, anda dapat diskaun 20% dan kini RM72 sahaja! Ingat ..kulit wajah yang elok bermula dengan pencuci yang tepat.

3. Bilas

a. Apabila membilas, gunakan air suam .

b. Betul-betul dah bersih dan tiada saki-baki pencuci , ambil tuala untuk keringkan wajah. Lap dengan teknik tekapan ya. Jangan digosok-gosok pula sebab ini boleh mengundang kedutan wajah tau. Lagi satu paling penting khaskan tuala untuk muka ya, jangan guna tuala mandi anda.

Tu dia 3 langkah asas mencuci wajah yang selalu orang pandang ringan. Walaupun ia rutin mudah, masih ramai yang menggunakan teknik yang salah. Pakai boh je cuci muka! Muka tak cantik disalahkan pula penuci muka, padahal…………

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *