Jason Mraz Bakal Gegarkan Peminat Di Kuala Lumpur!

Peminat tegar Jason Mraz, anda pasti teruja kerana beliau akan berada di Malaysia untuk konsert jelajahnya, Good Vibes Tour yang bakal berlangsung  pada 13 Mei ini, 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur!

Siri jelajah Good Vibes Tour ini telah bermula di Amerika Utara pada musim panas yang lalu dan kini diteruskan ke Asia pula iaitu di Manila, Singapura, Malaysia, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Taipei pada bulan Mei ini.

Dalam siaran akhbar, Mraz mengatakan dia teruja untuk kembali, berhubung dan merasai semula semangat yang diberikan oleh peminatnya di Asia yang membuat setiap set menjadi terasa seperti acara terbilang dan bukan sekadar persembahan biasa.

Pelantun lagu-lagu hit seperti I’m Yours dan Lucky ini turut menyifatkan perasaan membuat persembahan di Asia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan jauh berbeza daripada mana-mana tempat lain di dunia.

“Saya dapat merasakan setiap kali di sini, peminat amat menghargai persembahan saya. Penyertaan penonton di Asia sungguh harmoni dan supersonik,” katanya lagi.

Sebelum ini Mraz pernah datang ke Malaysia pada tahun 2009 dan kemudiannya kembali dengan siri jelajah ‘Tour Is A Four Letter Word’ pada tahun 2012. Konsert akan datang ini merupakan konsert ketiga beliau di Malaysia.

Mraz mula merasai kejayaan arus perdana pada tahun 2002 dengan album sulungnya,Waiting For My Rocket To Come.

Pengumuman siri jelajah Good Vibes ini dibuat untuk menyokong promosi album keenamnya yang berjudul Know pada 10 Ogos 2018; album kelima Mraz yang tersenarai dalam carta Top 10 Billboard 200.

Bagi yang ingin membeli tiket untuk siri jelajah Good Vibes Tour ini, anda boleh beli secara atas talian bermula dari 13 April hingga 13 Mei ini di superdeals.com.my dengan tawaran potongan harga eksklusif sebanyak 20%!

Harga tiket bermula dari RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 dan RM698. Jangan lepaskan peluang anda berhibur di konsert ini. Superdeals, jimat kaw-kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *