Jenis-Jenis Diet Popular

Semenjak dua menjak ini, kita dapat saksikan kejayaan ramai individu mencapai berat badan ideal mereka. Namun, setiap daripada mereka mengamalkan diet yang berbeza mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Jom kita lihat jenis-jenis diet yang boleh diamalkan untuk dapatkan berat badan idaman.

Diet Atkin

Dicipta oleh Dr. Robert C. Atkins , jenis diet ini cukup popular di seluruh dunia. Mereka yang mengamalkan diet ini perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi dan hanya makan makanan tinggi protein seperti ayam, daging dan ikan. Jenis diet ini boleh menurunkan berat badan dengan cepat namun dikhuatiri boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan stroke jika diamalkan dalam jangka masa yang lama.

Diet Detox

Ramai yang mengamalkan amalan detox dengan minum atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membuang toksin dalam badan seterusnya meningkatkan metabolisme. Lemak-lemak degil mudah dinyahkan jika metabolisme semakin tinggi, ini bermakna anda masih perlu bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat jika inginkan kesan penurunan berat badan yang lebih cepat.

Diet Tanpa Nasi

Memang makanan ruji masyarakat di Malaysia adalah nasi. Bayangkanlah makan  nasi panas-panas dengan ayam goreng, fuhh boleh tambah berkali-kali sedangkan nasi merupakan sumber karbohidrat terbesar yang kita ambil seharian. Sebab tu ada yang nak turunkan berat badan mengambil langkah drastik dengan berkorban mengambil diet tanpa nasi, sekaligus mengurangkan selera untuk makan makanan yang tidak sihat yang lain. Macam ni, lebih cepat untuk kurus.

 

Diet Suku Suku Separuh

Ini adalah diet menu pinggan sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Caranya, pinggan normal kita diisikan suku karbohidrat (seperti nasi), suku protein dan separuh lagi diisikan dengan buah dan sayur. Amalan pemakanan sebegini boleh membantu mencegah obesiti dan risiko penyakit yang lain.

 

Jadi, jenis diet mana satu yang menjadi pilihan anda?

Tak kisahlah yang mana, untuk penurunan badan yang sihat memang makan masa. Yang penting ambil pemakanan sihat dan bersenam.

Jika ada yang tak sabar dan nak cuba alternatif lain, boleh ! Tapi pastikan ambil makanan atau minuman alternatif yang tidak memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Klik sini untuk minumpan kopi yang boleh mempercepatkan penurunan berat badan dengan harga yang berbaloi-baloi.

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *