Kenapa Ibu Bapa Perlu Daftarkan Anak-anak Menyertai Kelas Gimnastik?

Para ibu bapa zaman sekarang cenderung memasukkan anak-anak ke kelas muzik, renang, seni mempertahankan diri, tarian, vokal dan banyak lagi. Tidak dinafikan ini adalah perkara yang bagus. Walaupun tidak meletakkan harapan untuk menjadi jaguh dalam bidang tertentu, sekurang-kurangnya pendedahan begini dapat meningkatkan daya keyakinan dalam diri kanak-kanak. Kelas gimnastik, bukanlah pilihan yang popular dalam kalangan ibu bapa. Tapi kalau nak tahu, gimnastik boleh dikatakan sebagai asas untuk menguasai kebanyakan bidang kerana ia meliputi kelebihan yang berikut :

1. KEPENTINGAN FIZIKAL

  • memantapkan kemahiran fizikal
  • menitikberatkan kelenturan tubuh
  • meningkatkan kesegaran tubuh

2. KEKUATAN OTOT

  • dapat kuatkan otot melalui aktiviti tumbling, melompat, melentur dan menampung berat badan
  • dapat membina tubuh yang lebih kuat dan bertenaga
  • kecederaan pada otot dapat dikurangkan

3. TULANG YANG SIHAT

  •  tulang boleh jadi kuat dan sihat kerana kerana melibatkan kemampuan menampung dan menahan berat badan
  • dapat melatih kanak-kanak melawan graviti

4. KELENTURAN TUBUH

  • memupuk keupayaan kanak-kanak meregangkan otot-otot mereka dengan had maksimum

5. KEMAHIRAN KOGNITIF

  • dapat melatih otak selari dengan melatih tubuh mereka
  • menguatkan sel-sel saraf di dalam otak
  • meningkatkan pencapaian akademik
  • membantu menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik

6. KEMAHIRAN SOSIAL

  • menguasai kebolehan bersosial
  • dapat mewujudkan interaksi yang positif dengan macam jenis orang
  • mampu menguasai cara mengendalikan konflik antara rakan atau ahli keluarga

Anda dah hadam kesemua justifikasi yang dikongsi? Apa lagi masukkan anak-anak  ke kelas gimnastik buat tempoh masa tertentu. Lepas tu barulah lihat kecenderungan anak dan berilah kebebasan untuk mereka memilih apa yang diminati. Kalau nak cuba, di Shah Alam ada kelas gimnastik untuk kanak-kanak. Ardi Sports menawarkan 1 sesi seorang pada harga RM20 je. Jimat kaw kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *