Kesal Dengan Sikap Pekerja Tidak Beradab Sebuah Restoran Makanan Segera Terkemuka, Penulis Nekad…

Aku kecewa dengan sikap pekerja sebuah restoran makanan segera terkemuka. Isunya mungkin kedengaran remeh, tapi apa yang terjadi memang pantang nenek moyang aku! Ya aku teramat marah!

Dua minggu lalu aku sekeluarga berniat untuk menziarahi saudara-mara di Seremban. Macam biasa kalau memandu ke arah selatan kami wajib singgah pandu lalu restoran kegemaran untuk alas perut. Sebaik sampai barisan sudah mulai panjang. Favourite punya pasal, kami sabar menanti, apa ada hal? Kecekapan pekerja membuatkan kami tidak perlu menunggu lama. Good job! Namun, selesai memesan makanan dan membayar, kereta terus dipandu ke kaunter terakhir dan seorang wanita yang agak elok paras rupa memberi pesanan yang diminta . Tiada senyuman yang dilemparkan . Tiada masalah, walaupun tugas orang sepertinya perlu untuk memberi senyuman kepada pelanggan. Sebaik menerima makanan , memang menjadi kewajipan aku untuk memeriksa satu persatu sebab pernah terjadi beberapa kali sebelum ini pesanan tidak mencukupi atau pun salah. Menyedari aku masih belum beredar wanita tersebut bertanya jika masih ada apa-apa lagi yang belum beres. Berikut adalah baki perbualan kami yang  masih jelas dalam ingatan.

AKU : Tak ada apa-apa, tengah check pesanan je.

WANITA TANPA ADAB : Puan boleh ke depan dahulu , berhentikan kereta di tempat yang disediakan di hadapan. Kita ada timer.

AKU : Eh, i nak tengok semua cukup je. Tak ambil masa panjang pun. Lagi pun , ini benda biasa i buat bila beli kat ‘drive-thru’ so that i tak perlu susah-susah payah balik atau turun dari kereta untuk claim apa yang salah.

Tanpa membalas, wanita tersebut terus  menutup tingkap dengan kuatnya seraya memalingkan riak wajah yang cukup mencuka, seakan menjeling. Waktu ini aku masih boleh bersabar dan mampu untuk berbahasa.

AKU : You panggil that girl balik, dik. (ada lagi sorang pekerja lelaki di situ)

Dan sebaik wanita itu kembali…

AKU : Kenapa kena buat muka, dik?  I cakap elok-elok kan dari awal tadi? This is not the way to handle a customer, you are a frontliner.

Masih belum habis dengan lecture aku , wanita itu tiba-tiba beredar. Jelas, aku memang tidak ada kompromi untuk ini yang aku anggap cukup kurang ajar. Suamiku yang duduk di sebelah sudah hilang sabar. Terus dijeritnya wanita itu untuk kembali mengadap. Agak kecohlah jugak situasi ketika itu. Seorang lagi pekerja wanita (penyelia barangkali) datang ke tingkap dan bertanyakan kenapa.

AKU : Your staff is so rude. I cuma nak check pesanan i je. Tak boleh ke?

WANITA 2 : Tapi, puan memang kami ada timer kat sini.

Ditambah  lagi kebodohan di situ. Maaf, aku tak dapat terima.

AKU : Masalahnya sekarang adalah tindakan dan cara kerja your staff. Perlu ke bermasam muka? Perlu ke menjeling? Perlu ke hempas tingkap? Saya cuma  check order saya dan tak sampai 10 saat saya ditegur.  Dan awak pun sepatutnya at least mintak maaf on behalf atas tindakan staf yang tak beradab. Kalau ya pun company you ada jaminan menyediakan pesanan kepada pelanggan mengikut tempoh masa tertentu, itu adalah tugas you all untuk meet expectation tu. Saya sebagai pelanggan tak perlu tahu atau ambil peduli pun pasal timer, tapi awak masih nak mempertahankan hal timer.  Apa nama budak tu boleh saya tahu?

WANITA 2 : Shikin, Puan.

AKU : Shikin ..betul ya?

WANITA  2: Ya, Puan.

AKU : Saya bukan nak bikin kecoh, tapi saya marah bersebab. Saya mohonlah untuk you propose kepada top management untuk bagi training at least benda basic nak berhadapan dengan customer. Saya cakap pun berdasarkan pengalaman, bukannya tak pernah buat kerja macam ni masa muda dulu. Tapi kami memang ditekankan soal sopan santun berurusan dengan customer. Stress atau penat macam mana pun , mulut tetap tidak lekang dengan senyuman dan harus rajin ucap terima kasih. Ya lah, kita customer bayar kot.  Sayang..kalau perkara asas dan semudah ini pun tak dapat nak disempurnakan, bagaimana pula dengan tugasan yang lebih berat. Kalau you rasa masih nak mempertahankan staff you, you boleh tengok balik CCTV, amati betul-betul bahasa tubuh dan riak wajah dan tindakan kedua-dua saya dan staff awak, dan jangan lupa untuk tengok berapa lama saya ambil untuk check pesanan yang diterima, kalau betul you all rasa i berlengah.

WANITA 2 : Maaf, puan.

AKU : Good to hear that you finally apologized!

Done membebel dan kami berlalu pergi. Sekian sahaja curahan hatiku yang mungkin akan mengundang kecaman. Sebenarnya bukan inilah perkara pokok yang ingin aku sampaikan tapi terapi yang diambil untuk membaik pulih mood yang terjejas. Terapi apa pulak ni? Hhahaahha. Selesai je kekecohan yang melanda suami terus cakap nak makan angin di Thailand. Katanya 5 hari 4 malam untuk 4 hingga 5 orang baru dalam RM1188 di SuperDeals. Mood terus berbunga-bunga wei! Terapi yang ternyata berkesan!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *