Ketakutan Terhadap Kucing Yang Tak Boleh Bawa Bincang

Mak datok!!!!!!!!!!! Cuba anda perhatikan gambar kucing-kucing dibawah ni. Comel tak boleh bawa bincang kan? Mungkin ada yang tengok rasa nak picit, gomol atau mungkin sampai nak gigit.

Image result for Kucing comel

Tapi tidak bagi golongan yang mempunyai Ailurophobia. Cara mereka lihat kucing-kucing comel ini cukup berbeza yang kadang-kadang tak dapat diterima akal memikirkan celah mana pada kucing yang ada elemen menakutkan. Ketahuilah perasaan takut yang dimiliki bukan dibuat-buat. Diri seolah-olah diselubungi serangan panik dan stress sehinggakan ada yang histeria  tau? Berikut adalah antara reaksi mereka bila berhadapan dengan haiwan ini :

 

Kaku Terpaku

Diri kaku mengalahkan patung di butik fesyen. Bebola mata je yang terlihat ke kiri kanan sebab begitu fokus memerhatikan setiap pergerakan si comel

 

Berhenti Sebelum Kenyang

Dalam tengah syok layan makan kat kedai, nampak je kelibat makhluk berkaki empat ni, perut terus terasa kenyang. Yes! Golongan ini memang sejenis berhenti sebelum kenyang

 

Couple Of The Year

Tak bersukan, tak berpanas pun peluh boleh mengalir laju bila si meow berlegar-legar berdekatan. Silap-silap kalau anda keluar bersama pasangan, orang akan cap ‘loving couple’ sebab si dia tekun lapkan peluh anda.

 

Bertemu Jodoh Auwww

Kalau bersama kawan-kawan atau kaum keluarga , masih boleh selamatkan keadaan. Kiranya adalah tempat berlindung. Tapi kalau berseorangan, bertemu mata pula dengan si kaki empat, alamatnya anda akan buat kawanlah dengan orang tidak dikenali sebab perlukan bantuan untuk menjauhkan kucing yang mendekati anda. Silap hari bulan yang menolong tu bakal jodoh anda, gitu! Dah boleh bayangkan pelamin indah-indah..

 

Jeritan Batin

Anda bukan sejenis melatah, tapi sebaik kucing lalu sebelah, terkena sipi pada kaki, bulu-bulu lembut membelai betis….zas!!!!!!!!!!!!!!!! ‘Jeritan batinmu’ tiba-tiba memecah keheningan. Malunya, Tuhan sahaja yang tahu! Huwaaaaaaaaaaaaa

Jom kita bagi sokongan dan bantuan, jangan dikecam mereka ini sebab semua orang pun pasti ada ketakutan tersendiri. Contohnya ketakutan yang keterlaluan terhadap air atau kita namakan akuabia. Tapi rugi wooo kalau anda akuafobia, tak dapatlah layan luncur air. Ayuh meluncur dengan penuh gaya di FlowRider One Utama, hanya RM42 bagi seorang kanak-kanak, jimat 16% di SuperDeals.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *