Kpop 10 Tahun Dahulu

KPOP memang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Bukan je KPOP, malah KDrama, Program Realiti dan Makanan Korea pun turut mempunyai peminat yang tesendiri. Daripada budak kecil berusia setahun sehinggalah yang tua, lagu-lagu Kpop sering meniti dibibir penggemar artis-artis dari negara Korea Selatan ini. Namun, generasi Kpop ini sebenarnya ada era tersendiri. Kalau sekarang rata-rata menggemari kumpulan gadis comel BlackPink dan jejaka macho BTS, namun mereka yang menggemari Kpop pada 10 tahun dahulu pasti merindui zaman kegemilangan artis-artis ini.

Wonder Girls

Kumpulan yang pernah dianggotai oleh Sun Ye, Ye Eun, Sun Mi, Hyna, Sohee dan Hye Lim ini pernah menggegarkan pentas antarabangsa dengan lagu paling top mereka “Nobody”. Lenggok dan tarian mereka yang mudah diikuti oleh semua peringkat umur menjadi trend pada masa itu. Sayangnya, ahli kumpulan di bawah naungan JYP Entertainment ini telah dibubarkan pada awal tahun 2017.

Super Junior

Sebut saja SUJU pasti terdengar jeritan peminat-peminat wanita 13 jejaka yang masing-masing mempunyai karakter tersendiri ini. Mereka bukan sahaja lincah menari dan menyanyi di pentas, namun telatah mereka di kebanyakan program realiti pasti mencuit hati dengan lawak jenaka. Antara lagu-lagu popular mereka termasuklah U, Sorry-Sorry, Bonamana, Mr Simple dan Sexy Free & Single.

Girls Generation

Kumpulan yang dianggotai 9 gadis cantik dan comel ini juga turut dikenali sebagai SNSD , singkatan kepada Sonyeo Sidae dalam bahasa Korea. Namun, pada tahun 2014 ada sedikit kemelut yang melanda sehingga Jessica mengumumkan untuk keluar dari kumpulan tersebut secara rasmi. Pada tahun 2017, tiga lagi ahlinya turut mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan SM Entertainment, mereka ialah Sooyoung, Tiffany dan Seohyun.

TVXQ

Dalam bahasa koreanya, kumpulan ini dikenali sebagai DBSK singkatan kepada Dong Bang Shin Ki dan dianggotai oleh U-Know Yunho, Max Changmin, Hero Jaejoong, Micky Yoochun dan Xiah Junsu. Kelima-lima jejaka ini sangat tampan dan menjadi idaman gadis-gadis pada suatu ketika dahulu, dan mereka sangat terkenal di Jepun. Namun pada 2009, tiga ahlinya iaitu Jaejung, Junsu dan Yoochun keluar dan membentuk kumpulan baru iaitu JYJ. Perpisahan ini diratapi oleh peminat-peminat di seluruh dunia.

Shinee

Kumpulan yang dianggotai 5 pemuda pada asalnya ini merupakan antara kumpulan yang mempunyai ahli yang termuda di arena Kpop 10 tahun dahulu. Tidak hairanlah jika mereka menjadi kegilaan gadis-gadis remaja pada era tersebut, siapa yang tidak tergoda dengan senyuman manis Onew, Key, Minho, Taemin dan Jonghyun. Namun kumpulan ini diduga dengan berita sedih kematian vokalisnya, Jonghyun yang dikhabarkan mengalami tekanan perasaan sehingga membunuh diri pada tahun 2017.

 

Sebenarnya , banyak lagi kumpulan yang seringkali memeriahkan pentas Kpop suatu ketika dahulu seperti 2PM , 2NE1, Brown Eyed Girl, Sistar, FT Island, CN Blue, Kara, T-ara tapi kalau nak senaraikan semua tak cukup 10 mukasurat. Jadi anda layanlah video-video kompilasi mereka di YouTube ya.

Ha, lagi satu, sambil imbau kenangan Kpop dulu-dulu ni, apa kata tambahkan lagi mood Korea anda sambil layan buffet hidangan Korea di Seoul Garden. Kalau harga biasa untuk buffet makan tengah hari anda kena bayar RM47.55, tapi kalau beli di SuperDeals anda cuma perlu bayar RM33. Jimat kan?

 

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *