Latih Anak Bebas Lampin Pakai Buang. Insya-Allah Tip Ke-6 Paling Berkesan

Bayangkan perasaannya bila ibu bapa dapat jimat kaw-kaw tanpa perlu memperuntukan wang untuk beli lampin pakai buang. Ya lah..bukan murah tau. Tapi nak memasuki fasa melatih anak buang air sendiri tu kadang-kadang buat rasa berat. Percayalah segalanya akan menyenangkan apabila kena dengan caranya disamping berkat kesabaran yang disemai dalam diri. Berikut adalah langkah yang boleh anda ikuti :

1. Bagi Hint

Beberapa hari sebelum melatih anak cuba borak-borak ringan dengan anak tentang kebaikan bebas lampin pakai buang. Bagi mereka bayangkan rasa seronok dan teruja. Beri contoh siapa dalam kalangan saudara-mara atau kawan-kawannya. Dalam erti kata lain , cuba serapkan perkara ini dalam minda mereka buat seketika.

2. Sediakan Seluar Bergambar

Beli seluar dalam yang cantik dan menarik. Contohnya warna yang mereka suka atau pun yang ada gambar watak kartun kegemaran mereka. Sedikit sebanyak ini akan memberi semangat pada mereka untuk belajar mengenakan seluar dalam. Bila seluar dalam dah cantik pasti mereka rasa sayang nak bagi sesuka hati terkucil.

3. Simpan Segala Karpet.

Buat beberapa ketika , sila korbankan kecantikan hiasan dalaman  rumah anda. Simpan karpet dan biarkan lantai anda bogel. Ini bagi mengelakkan karpet basah seandainya anak anda terbabas kerana tidak sempat ke bilir air.

4. Kerapa singgah bilik air

Untuk permulaan, kerap bawa anak ke bilik air. Cuba sekali setengah jam, kemudiaan jarakkan ke satu jam dan seterusnya 2 jam. Apa-apa pun ini bergantung kepada sebanyak mana anak minum susu. Awal-awal memang nampak leceh dan pasti memenatkan. Sabar ya.

5. Wajib puji.

Setiap kali anak berjaya  membuang di bilik air, silalah beri pujian melangit. Biar bagi ‘kembang semangkuk’  barulah anak rasa nak terus ‘perform’. Jangan sesekali marah kalau terlepas bagi mengelakkan anak putus asa

6. ‘Reward’ lah sikit.

Janjikan ganjaran kepada anak. Bila ada ganjaran anak pasti rasa dihargai. Bila rasa dihargai makin semangatlah mereka. Alaaa sesekali berbelanja untuk anak apa salahnya kan? Bawalah mereka pergi Aquaria KLCC ke….Crocodile Adventureland ke… The Parenthood atau masukkan mereka ke kelas seni dan kraftangan. Tapi kalau nak harga yang jimat kaw-kaw anda cuma boleh dapatkan di www.superdeals.com.my.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *