Lima Sebab Peminat Tegar Paintball Beralih ke Laser Tag

Laser Tag..permainan alaf baru berkonsepkan peperangan. Seperti juga paintball, pemain perlu ada strategi untuk merancang serangan, bertahan di kubu dan bersembunyi sebelum menembak musuh. Permainan ini semakin mendapat sambutan dalam kalangan warga kota dan dijangka mampu merampas kesetiaan pemain tegar paintball. Antara sebab-sebabnya adalah :

1. Tak De Hal Kalau Tak Cukup Korum

Selalunya kalau nak main paintball, kumpulan perlu bersedia dengan sekurang-kurangnya 3 orang. Tetapi bagi laser tag yang berkonsepkan peperangan interaktif dan futuristik ini, permainan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Jadi kalau pada saat-saat akhir geng tukar plan pergi dating, anda masih boleh teruskan permainan laser tag.

2. Lebih Adil Dan Saksama

Kenapa? Sebabnya, apabila seseorang pemain itu telah terkena tembakan, fungsi senjata akan dimatikan secara automatik dan tidak mampu beraksi lagi. Tidak seperti paintball, walaupun pemain yang terkena tembakan tidak berniat untuk tidak jujur, namun bila berada di tengah-tengah ‘medan perang’, agak sukar  dan pastinya mengambil masa untuk memberi laporan tembakan yang mengenai diri dan seterusnya menyerah  sebelum keluar dari gelanggang.

3. Vest Bukan Sekadar Sut Pelindung Yang Nampak ‘Smart’

Setiap pemain perlu memakai baju elektronik. Baju elektronik ini mempunya sistem khas yang bertujuan untuk merekodkan data termasuk mata yang dipungut. Setiap kali habis game maka akan terpampanglah markah di score board. Canggih seyh!

4. Tiada Lagi Lebam Biru Macam kena Tumbuk Dengan Bouncer Kelab

Peserta tidak perlu menahan kesakitan apabila terkena tembakan kerana dengan penggunaan tekonologi laser, senjata akan mengeluarkan cahaya infra merah seakan laser yang perlu disasarkan pada target. Cahaya laser tersebut dijamin selamat dan tidak berbahaya. Jadi ucapakanlah selamat tinggal ‘lebam biru’!

5. Kadar Bayaran ‘Mur-mur’

Ini mungkin adalah sebab utama lebih ramai peminat paintball akan beralih ke laser tag. Kalau nak ‘test power’, jangan lepaskan tawaran menjimatkan daripada XnR Laser Tag, satu-satunya kem laser tag ‘outdoor’ di Malaysia. Nikmati diskaun 27% dan bayar cuma RM44 untuk bermain laser tag selama 3 jam. Cepat beli baucar di superdeals.com.my

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *