Mati Kutu Dengan Soalan Wajib Waktu Raya? Nah Skema Jawapan Untuk Anda!

Hari Raya, waktu yang ditunggu-ditunggu sebab inilah peluang sekali setahun kita dapat berkumpul dengan saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Seronok bila dapat ‘catch up’ balik, bergelak ketawa, makan sama-sama, bergambar sakan dan sebagainya. Tapi yang lemahnya bila terpaksa berdepan dengan soalan-soalan yang kita malas nak respon. Mungkin niat mereka betul-betul ingin tahu tapi tak kurang juga yang saja-saja cari pasal, sekadar nak buka topik bila bersua. Kita tak mampu untuk mengawal atau menahan pertanyaan orang tapi kita boleh kawal gaya, cara atau isi jawapan. Kalau anda dah mati akal, bolehlah ikuti idea-idea jawapan yang dicadangkan untuk soalan ‘sakit’ berikut :

1. SAMPAI BILA NAK SINGLE NI?

a. sampai anak bujang Mak Tah cukup duit hantaran

b. sampai Mak Jah terbuka hati untuk bermadu

c. kalau sampai bila-bila maknanya Allah bagi ruang untuk terus berhabisan buat pahala untuk mak ayah

2. BELUM ADA ISI LAGI?

a. belum tiba masa, lagipun kalau ada anak waktu ni memang terpaksa minta bantuan mak ayah jaga waktu bekerja. Apa punya anak lah kalau buat macam tu kan? Mak Leha jaga lagi cucu?

b. Ada..tapi isi dia lemak tepu, suami cakap sedap peluk, nak berdua lebih lama

b. Belum..Ustaz cakap sebenarnya Allah nak kami selalu mintak dengannya, lagi afdhal kalau orang perihatin macam Mak Esah panjatkan doa sekali

3. TAK TERINGIN KE TAMBAH ANAK?

a. teringin sangat tapi saya ni alah teruk bila hamil, siap keluar masuk hospital. Kalau Mak Itam terasa nak sponsor , malam ni jugak kami buat anak.

b. Kalau saya tambah setiap tahun, matilah Mak Limah nak bagi duit raya setiap sorang. Mak Limah kan penjimat orangnya.

c. Boleh jugak kalau nak tambah anak..cuba mak Eton letak kain ni atas perut saya lepas tu cakap zam ala kezum ala kebum ala kepam…zasss! Tengok keluar tak baby? (kau ingat senang)

4. PAKAI KERETA APA SEKARANG?

a. Masih yang sama Mak Kiah, yang penting dah habis bayar. Peruntukan selama bayar kereta ni dulu saya alih ke bank mak ayah. Seronok dorang!

b. Dah jual Cik Som. Jalan kaki ke ofis sekarang, itu yang berat turun mendadak. Dah selim melim ni, suami Cik Som pulak pandang-pandang

c. Tak pakai Mak Senah, beli je tapi bagi abah pakai kat kampung. Risau lah abah naik motor. Anak bujang Mak Senah pakai kereta ke macam saya jugak?

5. KENAPA MAKIN NAIK BADAN NI?

a. biar berat badan jangan berat dosa mengata, menilai orang, kan Mak Wan?

b. Saje je gambar raya tahun ni nak bagi Kak Yan nampak lebih slim daripada saya. Kita nak low profile sikit

c. suamilah…paksa saya berisi sikit. Kata dia jealous kalau orang usha isteri dia ni

 

Kalau jawapan boleh pakai, gunakalah sebaik mungkin ya. Sebenarnya apa yang penting , biar telus dan kukuh. Tak usahlah  letak alas, pasang carpet semata-mata nak cover, nanti diri sendiri juga yang tension. Tapi kalau nak pasang karpet dalam kereta dialu-alukan. Secure Tint Shop menawarkan perkhidmatan pemasangan karpet 13mm untuk satu kereta pada harga hanya RM70 daripad harga asal RM208. Kan dah cakap tawaran SuperDeal, jimat kaw-kaw!

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *