“Me Time” Bantu Hindar Tekanan Perasaan

Anda pernah tak mengalami rasa penat yang berlanjutan sehingga mengakibatkan jiwa anda tertekan. Ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tak kiralah individu bekerja mahupun yang dirumah. Gejala ini biasanya terjadi dikalangan ibu bapa, apabila anak-anak menjadi keutamaan sehingga mereka lupa mereka juga perlu waktu sendiri kerana manusia bukanlah robot. Bagi individu bekerja, kepenatan di tempat kerja ditambah pula dengan tanggungjawab menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak boleh mengundang stress.

Sama juga untuk suri rumah, tugas mereka lebih berat kerana terpaksa menguruskan anak-anak 24 jam sambil melakukan aktiviti harian seperti memasak, membasuh kain, mengemas rumah dan sebagainya tanpa rehat. Ingat, melayan kerenah anak kecil sangat menguji ketahanan fizikal dan mental tau.

Ramai yang tidak mengambil serius hal ini, sehinggakan mengganggu emosi dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan fizikan dan mental mereka. Jadi, sebelum terlambat baik anda cari waktu yang sesuai untu anda “me time” tak kisahlah bersendiri mahupun buat aktiviti menyeronokkan dengan kawan-kawan. Ambil giliran dengan pasangan anda, kalau si isteri yang keluar si suami lah ambil giliran untuk kerja rumah dan jaga anak-anak , macam tu lah jugak sebaliknya.

Macam-macam anda boleh lakukan untuk “me time” anda, boleh pergi tengok wayang dengan kawan, percutian singkat, karaoke, atau boleh jugak layan matahari terbenam tengah laut dengan Pelayaran Persiaran Dickson Dragon. Siap ada jakuzi air laut lagi tau… terbaik! Tak mahal lah, cuma RM77.45 seorang jika anda beli di SuperDeals.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *