Menu Lazat Di Sekitar Lembah Klang

Kalau anda kaki makan, anda mesti takkan tolak menu melazatkan yang kami jumpa di sekitar Lembah Klang ini. Diet? Makan jelah masa “cheat day” anda, sebab kami tak jamin yang anda boleh tidur lena lepas tengok gambar-gambar ni ya.

 

Nasi Butter Chicken yang boleh didapati di Restoran Jibril terletak di SS15 Subang Jaya ini memang penggugat  iman bagi anda yang sukakan menu berunsurkan mentega. Bayangkan rasa dia yang lemak-lemak manis , perghh!

 

Nasi Lemak Butter Chicken ini  juga antara menu yang boleh didapati di Restoran Jibril. Bagi penggemar nasi lemak, anda mesti cuba sebab jarang-jarang kita dapat jumpa nasi lemak dihidangkan dengan lauk ayam dimasak dengan mentega. Kacukan melayu mat salleh gituu.

 

Salted Egg Butter Chicken , nampak warna kekuninang campuran mentega dan telur masin tu? MasyaAllah sistur tak tahan. Tiada siapa mampu menolak dugaan ayam rangup dipotong kecil disaluti mentega dengan limpahan kuah telur masin ini. Nak dapatkan menu ini, anda kena ke Restoran Mona Publika yang terletak di Solaris Dutamas KL.

 

Honey Fried Chicken Wing khusus buat penggemar ayam goreng. Singgah ke Mona Publika untuk  merasai sendiri kepak ayam bersalut madu digoreng garing yang dihidangkan dengan kepingan salad segar.Sekali cuba, pasti nak lagi.

Amacam , kecur air liur tak? Kalau anda teringin nak cuba menu-menu istimewa ni, kami boleh bagi tawaran terbaik untuk anda. Dapatkan semua menu ini dengan harga menarik dengan membeli baucar  di www.superdeals.com.my.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *