Nak Kahwin Tapi Nak Jimat?

Ada pasangan nak raikan hari bahagia mereka sebagai “Wedding Of The Year”, ada pula pasangan yang sukakan gaya Minimalis dan lebih bersederhana. Apa pun pilihan tema majlis perkahwinan anda, semuanya bergantung kepada budget ke dua-dua bakal pengantin. Yang penting, jangan disebabkan terlalu nak ikut kehendak, anda pokai selepas kahwin! Ikut kemampuan anda dan pasangan . Bagi yang nak berjimat, mungkin anda boleh tiru tip yang kami nak kongsikan  ini –

Matikan Impian Bersanding Bak Raja Sehari

Siapa kata bersanding di atas pelamin yang gah tu wajib? Cukuplah sekadar buat majlis akad nikah dan majlis kesyukuran dihadiri dengan keluarga terdekat dan beberapa rakan baik. Lebih sedikit jemputan, lebih aman. Pastikan yang hadir tu tetamu berkualiti, maksudnya mereka yang benar-benar ingin meraikan anda, bukan geng bawang ya.

Gunakan Kemudahan Telefon Pintar 

Sekarang, ramai orang ada telefon yang canggih. Kamera masing-masing tak mau kalah. Jadi, buat # majlis perkahwinan anda di media sosial dan kumpul gambar perkahwinan anda daripada # di media sosial untuk koleksi gambar di sekitar majlis anda. Pasangan pengantin mungkin nak abadikan gambar berdua lebih banyak , jadi keluarkan sedikit modal untuk bayar upah kepada saudara-mara yang power ambil gambar selfie dan OOTD untuk foto peribadi pengantin.

Tema Makan Bersila

Pernah tak pergi kenduri dekat kampung dulu-dulu? Selain dapat jimat daripada bayar sewa kerusi dan meja makan,anda boleh juga kembalikan nostalgia makan bersila dengan lauk dihidangkan dalam dulang besar yang antik tu. Kalau bukan kita yang naikkan kembali budaya melayu, siapa lagi kan?

Baju Pengantin Simple 

Apa kata, tak payah beli baju ropol-ropol, pengantin lelaki melayu paling dah kacak berbaju melayu putih manakala pengantin perempuan manis dan berseri dengan baju kurung tradisional melayu. Mungkin boleh belanja lebih sikit untuk cari material kain yang bagus. Hantar je upah jahit baju kurung tempat biasa, tak perlu lah guna khidmat pereka fesyen yang mahal tu.

Kad Kahwin Digital

Selalunya apa yang anda buat dengan kad jemputan kahwin rakan-rakan atau keluarga anda? Maaf cakapla, tapi rata-ratanya akan buang kad jemputan tersebut. Jadi, daripada membazir, apa kata hantar je jemputan kahwin cara moden, kan semua orang dah ada telefon pintar. Lagipun, kad kahwin digital ni boleh hantar terus kepada whatsapp dan siap boleh waze lokasi majlis kahwin anda lagi. Nak lagi jimat?Boleh dapatkan kad kahwin digital murah dengan diskaun di SuperDeals.com.my.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *