Nota Buat Yang Sedang Bersedih

Pernah tak anda rasa hidup anda tidak sesempurna orang lain, hidup anda sering dibelenggu masalah dan anda ada banyak kekurangan?

via GIPHY

Perasaan ini sebenarnya adalah lumrah bagi setiap manusia. Tak kiralah kaya atau miskin, tua atau muda, berkahwin mahupun bujang, semua orang tidak dapat lari daripada masalah.

Besar atau kecil masalah yang dihadapi, cuba sentiasa berfikir dan bertindak secara RASIONAL. Ambil sedikit masa untuk tenangkan diri dan jangan pernah membuat keputusan dan tindakan yang terburu-buru. Ini kerana, ketika minda kita diselubungi kelam kita tidak  mampu berfikir secara normal dan anda mungkin memburukkan lagi keadaan. Paling teruk, anda mungkin mengalami tekanan perasaan atau depresi yang teruk. Fizikal dan mental anda semakin lemah jika tidak dikawal dari awal.

Anda mungkin rasa diri anda “loser” jika dibandingkan dengan orang lain, namun anda lupa nak membandingkan diri anda dengan mereka yang mempunyai masalah yang lebih teruk daripada anda. Secara tidak lansung, anda tidak bersyukur dengan kehidupan yang anda miliki. Fenomena ini adalah sangat tidak sihat, kerana semua ini boleh berlaku tanpa kita sedar. Jika kita belajar menghargai setiap yang kita miliki hari ini, sudah tentu hidup kita akan lebih tenang.

Tapi, janganlah sampai terlalu selesa pulak, anda kena jugak berusaha untuk keluar dari kepompong kehidupan yang anda rasa ada kekurangan ini. Seiring juga dengan DOA!

Jika nak alihkan perhatian daripada masalah dan hilangkan tekanan, boleh cuba alternatif seperti memanjakan diri atau sibukkan dengan aktiviti yang melibatkan ramai orang dan menyeronokkan. Walaupun seketika, tapi ia mampu memberikan kelegaan untuk emosi dan fizikal anda. Ini antara aktiviti yang boleh anda lakukan –

1. Senaman Jazzercise (Zumba, Yoga dan banyak lagi aktiviti kecergasan) di Janz Fitness. Yuran untuk kelas percubaan cuma RM30 seorang, akses tanpa had untuk seminggu. 

2. Urutan Detox badan selama 60 minit , menghilangkan sakit-sakit badan dan stress. Harga cuma RM 60 seorang di Luminous Beauty Parlour.

Banyak lagi aktiviti menarik dan menyerokkan anda boleh dapatkan di SuperDeals dengan harga jimat kaw-kaw! 

 

 

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *