Alternatif Nyahkan Sakit Kepala Yang Mungkin Anda Belum Cuba.

Bila sakit kepala datang menjengah, rasa nak hantuk kepada kat dinding pun ada kan? Itu kalau kronik, tapi kalau kena yang sekadar versi ‘manja-manja’ pun tak kurang stressnya. Semua benda tak kena, semua kerja pun tak jalan. Nak makan ubat, dah selalu sangat kan? Rasa macam badan dah tercemar dengan macam-macam larutan kimia. Apa kata cuba 3 alternatif paling pelik yang berikut, mana tau dapat manfaat.

1.  KOOL FEVER

Image result for applying adult kool fever

Selama ini kita difahamkan penggunaan Kool Fever adalah untuk mengurangkan suhu yang tinggi akibat demam. Jangan tak tau ada juga yang menggunakan Kool Fever untuk sakit kepala. Namun caranya agak berbeza. Simpan bekalan Kool Fever dalam peti ais. Setiap kali anda memerlukan untuk sakit kepala, ambil satu strip. Lekatkan pada dahi atau tengkuk dan biarkan selama yang anda inginkan.

2. AIS

Image result for kiub ais

Pekena ais pada kepala pasti melegakan. Gunakan sahaja pek ais atau pun kiub-kiub ais yang di bungkus di dalam kain. Kemudian tekapkan pada bahagian atas kepala atau tempat yang lebih sakit selama yang anda boleh tahan. Dah agak kekebasan alih pada tempat yang lain pula. Boleh juga digosok-gosokkan di tengkuk dan bahu. Kalau kesakitan sudah berada pada tahap yang tak dapat dibendung, cuba baring berbantalkan pek ais . Kalau boleh lelapkan mata lebih baik. Harap-harap sebaik terjaga , hilang sakit kepala

3. COKE

Image result for coke burping

Mungkin kedengaran agak mengarut apabila pesakit  minum coke untuk legakan sakit kepala. Tapi inilah hakikat yang diterima oleh mereka yang berjaya memperoleh kelegaan . Apa logiknya? kalau ikut pemahaman kasar, seseorang itu sakit kepala adalah disebabkan oleh angin yang terperangkap. Jadi bila pekena coke, kita akan cenderung untuk sendawa. Dikatakan bila banyak sendawa, angin akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan sakit kepala.

Petua-petua juga..tapi bagi mengelakkan kemudaratan, pastikan jumpa doktor untuk rawatan lanjut ya. Apabila bebas sakit kepala barulah aman nak nikmati keeenakan makanan di Tuah Cafe bersama tersayang. Pelbagai pilihan hidangan untuk 2 orang cuma RM40! Kalau terliur tengok gambar hidangan di Tuah Cafe, cepat dapatkan di superdeals.com.my

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *