Penangan Urutan Untuk Si Kecil Yang Buat Anda Terlopong.

Orang dewasa pergi berurut pastinya sesuatu yang lazim. Tapi kalau kanak-kanak?  Pasti ramai yang masih anggap remeh dan mungkin ada yang terdetik dalam hati, ‘ngada-ngadalah budak-budak sekarang’ atau ‘macam mak neneklah nak berurut bagai’. Hello…rutin mereka pun bukan main padat ye zaman sekarang. Jadi jangan fikir kanak-kanak tidak akan berdepan dengan tekanan. Seperti orang dewasa, urutan turut memberi kesan yang  baik kepada kanak-kanak. Antara kebaikannya :

1. Daya konsentrasi yang tip top

Kalau anak-anak anda sejenis yang senang teralih tumpuan perhatian, lebih-lebih lagi sewaktu dalam kelas, macam mana nak masuk dalam otak apa yang cikgu ajar? Cuba amalkan urutan, kerana kesannya dapat membantu meningkatkan keupayaan mereka untuk lebih fokus.

2. Dah Tak Jadi Kelawar ..

Susah nak displinkan anak tidur awal? Atau pun anak anda bukan sengaja nak berjaga tapi memang susah nak lelapkan mata walaupun dah jauh malam? Kalau kena dengan cara urutannya, kemungkinan besar dapat memberbaiki corak tidur mereka. Mulai hari ini cubalah jadikan terapi urut rutin yang ideal untuk anak anda sebelum tidur.

3. Selamat tinggal ‘temper tantrum’ , selamat tinggal ‘hiperaktif’!

Boleh pening dibuatnya kalau dapat anak yang punyai sindrom mengamuk dan lasak luar biasa ni. Dah jangan pening-pening, amalkan terapi urutan secara konsisten untuk mengawal keadaan sebegini. Kalau dah elok tapi masih pening, anda je lah yang pergi berurut.

4. ‘Bonding’ dengan anak lebih mantap!

Memberi anak anda urutan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan memberikan rasa ketenangan secara fizikal. Tanpa disedari waktu berkualiti yang diluangkan akan membatkan anak-anak berasa istimewa, disayangi dan dimanjai. Bahagianya rasa kan? Tapi kalau bab urut-urut mengurut ni anda sememangnya gagal, atau risau tersalah urut ke, baik elakkan. Dibuatnya terkehel sana sini, niaya je. Serahkan kepada yang pakar. Cuba bawa mereka ke The Rub Bar sebab ada sesi urutan untuk kanak-kanak tau, comelkan? RM39 je kalau beli baucar di superdeals.com.my. 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *