Permainan Tradisi Dulu-dulu Memang Kasi Nangis!

Kalaulah boleh kembali ke zaman kanak-kanak, alangkah indah bukan? Anak-anak jiran berkumpul pada waktu  petang untuk main bersama-sama. Permainan zaman dulu memang jauhlah bezanya dengan sekarang yang kebanyakannya berkait rapat dengan kecanggihan teknologi namun manfaatnya cukup banyak dan berharga. Selain daripada dapat bersosial dengan rakan-rakan secara sihat, permainan tradisi cukup menyumbang kepada kekentalan fizikal tanpa kita sedari sebab ia melibatkan pergerakan sebahagian besar anggota badan. Jom kita imbau satu persatu permainan tradisi yang pernah mewarnai zaman kanak-kanak suatu ketika dulu. Ingat ke lagi agaknya..

1.Teng Teng

Image result for permainan teng teng

Gelanggang dibuat dengan melukiskan garisan atas tanah atau jalan. Pemain hendaklah melompat ke dalam semua petak menggunakan sebelah kaki  sahaja kecuali di petak rumah sendiri. Permainan ini memerlukan kawalan keseimbangan badan yang baik sekaligus dapat menguatkan motor kasar dan menguatkan otot.

2. Lompat Getah

Image result for permainan lompat getah

Seronoknya dulu sebelum bunyi loceng sekolah nak masuk kelas, kita habiskan masa bermain getah. Waktu ini lah kehebatan lompatan diuji. Bermula dengan tahap rendah pada ketinggian paras lutut, paha yang sememangnya kacang goreng kata orang. Diteruskan ketinggian pada paras pinggang, dada sehinggalah kepala, pemain perlu menggunakan teknik tertentu seperti berlari jauh untuk dapatkan impak lompatan yang tinggi.

3. Pukul Berapa Datuk Harimau

Image result for permainan pukul berapa datuk harimau

Masih ingat lagi dengan alunan sebutan ‘pukul berapa datuk harimau’? Nostalgik sangat. Pemain yang bergelar Datuk Harimau akan bertindak menangkap mangsa yang berjalan dibelakangnya sebaik menjawab pukul 12 atau bila-bila saja yang diingininya, Mangsa yang tertangkap akan menjadi Datuk Harimau di pusingan seterusnya. Bila berlaku adegan kejar mengejar memang berdebar dibuatnya tapi tetap menyeronokkan.

4.  Batu Seremban

Image result for permainan batu seremban

Mungkin permainan ini lebih sinonim dengan kanak-kanak perempuan sebab teknik bermainnya tampak lembut dan hanya memerlukan kita duduk sahaja waktu bermain. Tapi tak salah pun kalau lelaki bermain sebab permainan ini menguji tahap ketajaman fokus dan kordinasi tangan dan mata untuk membaling dan menangkap batu seremban.

5. Ceper

Image result for permainan ceper

Syok wooooo main ceper! Sebelum memulakan permainan, ceper-ceper akan disusun bertingkat dan diputar agar berselerakan. Pemain akan melagakan setiap cepet hanya dengan teknik jentikan tanpa menyentuh ceper-ceper lain. Permainan ini juga melatih kordinasi  mata dan tangan.

Apa yang buat potong stim dalam permainan-permainan ini adalah apabila berdepan dengan individu atau kumpulan yang hebat. Nak tunggu mereka ‘mati’ supaya dapat giliran kita tu yang memenatkan sampai berjanggut dibuatnya. Ada yang sempat buat mi segera siap perhabis sampai licin sementara tunggu giliran. Cakap pasal mi segera terliur pula nak rasa Bihun Cawan Segera Dengan Perisa Ketam. Kalau beli di SuperDeals, 6 cawan hanya RM33.60 daripada harga asal RM42, jimat 20% tu!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *