Persiapan Raya Perempuan Vs Lelaki

Raya dah dekat, betulke orang kata persiapan raya wanita lebih rumit daripada lelaki?

Dah, tak payah gaduh-gaduh, sebenarnya dua-dua boleh jadi mudah, dua-dua pun boleh jadi rumit.

Semuanya bergantung kepada individu tu sendiri, tak kiralah lelaki mahupun wanita. Kalau dulu kaum wanita sibuk buat biskut dan kek menjelang perayaan, kaum lelaki pun ramai juga yang turun padang berkubang didapur. Sekarang pulak, benda boleh tempah online kenapa nak buat? Jimat masa dan tenaga.

Bab baju raya pulak sekarang baik wanita mahupun lelaki, masing-masing tak mau kalah dengan rekaan baju yang tak tercapai dek akalmu. Kalau dulu kaum wanita je cari design yang lain daripada  yang lain supaya dapat gelarang baju raya paling meletop, baju raya lelaki zaman sekarang pun apa kurangnya, ada fesyen baju melayu renang lah, baju melayu terbang lah.

Haa tapi bab kecantikan muka sebelum menjelang hari raya ni lebih kepada perempuan lah. Set mekap kena pastikan lengkap, muka pulak nak kena flawless jadi mungkin ada yang sibuk berkunjung ke spa kecantikan wajah seminggu dua sebelum raya. Almaklumlah, hari raya kan hari wajib selfie, mestilah nak gambar raya cun melecun kan. Ni bagi kaum perempuan yang masih runsing kulit wajah tak siap lagi untuk raya boleh klik sini. Ada banyak baucar untuk rawatan wajah dengan diskaun menarik di SuperDeals.

Dan yang pasti bab persediaan kereta untuk beraya mestilah jatuh kepada lelaki! Bukan nak kata orang perempuan tak ambik kisah pasal kereta tapi mereka kurang arif je. Lelaki biasanya yang akan sibuk periksa kereta mereka samada selamat untuk perjalanan jauh atau tak, tukar tayar, minyak enjin dan macam-macam lagi. Tak kurang juga, ada yang sibuk nak hias kereta cun melecun, kalau perempuan sibuk mekap muka, lelaki sibuk mekap kereta lah. Ha, bagi lelaki yang nak diskaun menarik untuk aksesori kereta raya ni boleh la klik sini. Ada diskaun untuk karpet kereta. Boleh la bawak awek beraya dengan bangganya.

Tapi, apa pun persiapan anda, ingatlah persiapan untuk pulang ke kampung dengan selamat tu lebih penting. Ingatlah orang tersayang sedang menanti.

Selamat Hari Raya !

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *