Rahsia Kulit Wajah Glowing Sebelum Raya

Selain kulit wajah yang licin dan bebas jerawat, kulit wajah yang Glowing juga menjadi impian setiap wanita. Lihat sahaja di laman-laman media sosial, mengabadikan potret wajah yang berkilau seakan menjadi trend masa kini. Tahniah buat anda yang berjaya memiliki kulit wajah idaman semua ini, tapi bagi yang masih mencemburuinya apa kata anda cuba tip yang kami nak kongsi ni. Bolehlah beraya dengan wajah yang bersinar bak kilauan lantai yang baru dimop, eh, gurau je. Maksud kami, Glowing bak bidadari.

Putih Telur


 Kandungan asid amino dan zat besi yang tinggi dalam putih telur memberi banyak kebaikan untuk penjagaan wajah, antaranya mengecilkan pori, menghaluskan kulit, membuang lebihan minyak, menegangkan kulit wajah dan of course membantu menjadikan kulit anda lebih bersinar. Gunakan sebagai masker, dan lihatlah kesannya pada kulit anda selepas seminggu.

Lemon

Lemon mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, ia boleh membantu menanggalkan sel kulit mati pada wajah seterusnya menjadikan kulit wajah  nampak lebih cerah dan bersinar. Sapukan perahan lemon pada wajah dan biarkan selama 10 minit, lihatlah kesannya selepas seketika.

Yogurt

Yogurt ada kandungan protein yang bagus untuk kulit. Ia bertindak sebagai kolagen membantu mencerahkan kulit dan memberikan kelembapan berpanjangan. Amalkanlah masker yogurt untuk rasai sendiri keberkesanannya.

Sleeping Mask

Jika anda rasa cara alami tu meremehkan atau anda tidak punya masa untuk masker secara alami, apa kata cuba Rhea Sleeping Mask. Ia memberi kesan yang sama seperti yang anda inginkan, amalkan setiap malam sebelum tidur, dan bangun pagi dengan kulit yang halus , mulus, bersih , lembap dan bersinar sepanjang hari. Klik sini untuk dapatkan Rhea Sleeping Mask pada harga diskaun. Semestinya di SuperDeals.com.my!!!

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *