Resipi Manisan Paling Mudah Di Dunia

Siapa yang lepas nikmati hidangan utama mesti nak pekena manisan atau pencuci mulut? Layankan? Tapi selalunya kita berpeluang untuk menikmatinya di majlis-majlis tertentu sebab hidangan disediakan lengkap. Tidak pun, kena hidupkan enjin dan tuju ke destinasi yang dapat memenuhi selera anda. Apa kata buat sendiri hidangan pencuci mulut, dapatlah anda layan sampai lebam. Siapa kata susah? Budak darjah 1 pun boleh buat. Nah resipi manisan paling mudah di dunia :

1. Puding Caramel

Image result for puding karamel

Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula (untuk membuat caramel)
  •  1/2 cawan air ( untuk membuat caramel)
  •  5 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar gula

Cara penyediaan :

1. Buat caramel terlebih dahulu. panaskan gula sehingga hangus dan masukkan air, kemudian letakkan ke dalam loyang dan biarkan dulu.

2. Pecahkan telur, hati-hati ya jangan pecahkan kuningnya. Ketepikan sekejap.

3. Sementara itu panaskan susu cair dalam periuk dengan api sederhana dan tambahkan gula, tuangkan adunan ini ke dalam telur tadi dan kacau sebati.

4. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi caramel tadi dan bakar guna stim bath pada suhu 160 darjah selama 45 minit.

5. Selesai masak, sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam dan sedia untuk dimakan!

 

2. Puding Buah-buahan

Image result for puding buah-buahan

Bahan-bahan :

  •  10g serbuk agar-agar
  •  1 tin buah koktel
  • 150g gula kastor
  • 600ml air
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh perasa mangga

Cara penyediaan :

1. Didihkan air dan masukkan susu cair dan gula kastor.

2. Masukkan serbuk agar-agar dan perasa mangga, masakkan selama 3 minit

3. Tutup api dan masukkan koktel.

4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidang

 

3. Bubur Jagung

Bubur Jagung

Bahan-bahan

  • 2 batang jagung, hiris isi sahaja
  • 1/4 -1/2 cawan gula pasir
  • 1 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul

Penyediaan:

  1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk. Masak atas api perlahan sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda.

 

Jadi amacam? Mudah kan? Ada berani nak buat? Kalau masih tak rasa yakin dan risau kecewa menonggeng untuk lihat hasilnya, nikmati sahaja pencuci mulut di Alchemist Dessert  Cafe sebab ada tawaran beli 1 percuma 1. Harga biasa RM41 tapi dengan SuperDeals anda hanya perlu bayar RM28! Sila kawal air liur menatap gambar-gambar berikut :

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *