Salah Laku Di Rumah Terbuka Yang Tak Patut!

Banyak ke undangan rumah terbuka Raya tahun ni? Ada yang sampai lima, enam buah rumah satu hari. Habislah diet pasal banyak sangat melantak, habislah segala cerita lama dibongkar kembali sebab lama tak berjumpa. Tetamu seronok, tuan rumah pun seronok. Eh chup! Betul ke tuan rumah suka hati? Ke ada yang makan hati? Wahat umat manusia, bila berkunjung ke rumah terbuka pastikan adab terjaga untuk kebaikan semua pihak jugak. Kadang-kadang tu mungkin juga sesuatu perkara berlaku tanpa kita sedari jadi eloklah kiranya kaji balik diri ada tak kita buat perkara-perkara tak semenggah seperti berikut semasa berkunjung ke rumah terbuka.

1. Ingat restoran ke?

– bila tuan rumah hidang mee rebus, mesti rasa tak sabar nak makan. Bila dah makan , rasa kepedasan pula, tak dapat nak habiskan. Favourite punya pasal, boleh pula minta tuan rumah kuah yang kurang pedas. Aduhai. Air yang terhidang untuk tetamu ialah teh tarik, kopi dan oren. Pilihan nampaknye tak menepati citarasa, dia pakat mintak tuan rumah air lain. Kalau mintak air kosong boleh lagi diterima, ni kau demand milo tarik. Ingat restoran ke pakai order-order?

2. WiFi percuma

– siapa kat sini datang beraya, bila dah kenyang isi perut angkat bontot cari port baik nak main handphone? Sudahlah tak mengumpamakan tuan rumah, boleh tebal muka mintak password pula tu. Kalau pun tuan rumah sibuk tak dapat layan anda, apa salahnye ambil inisiatif sikit berkenalan dengan tetamu lain yang ada di situ. Kan lebih afdhal, dapat mengeratkan silaturrahim. Tolong ya, jangan sesekali minta password tuan rumah.

3. Berfoto sampai lebam

– taulah masing-masing teruja berjumpa dan tak nak lepas peluang bergambar. Kalau ya pun nak bergambar setiap sudut mahligai tuan rumah, tak payah lah sampai kau alihkan perabot rumah. Dah buat deko sendiri, tak pula ajak tuan rumah bergambar sekali. Gigih tuan rumah belek gambar yang di muat naik di instagram cari muka sendiri tak jumpa.

4. Pantau Anak, Sis!

– asyik sangat makan, leka sangat bersembang, anak dibiar lepas pandang. Kena ingat, budak-budak ni bila bermain tak kira tempat. Kita sebagai ibu bapa kenalah tengok-tengokkkan. Walaupun yakin kawasan selamat dan bebas bahaya, ingatlah malang tidak berbau. Paling malang bila harta benda tuan rumah musnah gara-gara anak tetamu yang tak terkawal . Bila nak balik, sempat memohon maaf tapi soal ganti rugi apa cerita?

5. Feeling Mem Besar

Wah wah! Dah siap makan berpinggan-pinggan, pandai-pandailah bawa pinggan dan gelas yang sudah digunakan ke dapur. Kalau ya pun malas nak basuh, letak dalam sink pun jadilah. Kalau pakai pinggan kertas pun buangkanlah di tempat yang disediakan. Ini hampuk je asal boleh. Kau ingat kau mem besar?

Ingat ya, adab mencerminkan keperibadian. Satu lagi perkongsian berguna buat anda sempena Hari Raya…

Ada waktu terluang, singgah-singgahlah shopping di SuperDeals, jimat kaw kaw!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *