Sehari Yang Indah Tanpa “Smartphone”

Bayangkan menghirup secawan kopi panas, tersenyum tanda “Like” suasana yang begitu berharga. Duduk bersilang kaki di atas bangku tepi jendela sambil membelek surat khabar mencari isu isu “Trending” yang boleh menjadi topik bualan dengan rakan bila berjumpa nanti. Tatkala itu, mulut sibuk mengunyah cengkodok pisang yang jiran “Share” pagi tadi dengan jiran-jiran setaman. Hanya siulan burung menjadi notifikasi petang yang indah sebegini. Ciapan demi ciapan tidak henti-henti bagai meraih “Retweet” daripada burung yang sibuk terbang ke sana ke mari. Hmm inilah erti kehidupan sebenar, siaran “Live” yang ditonton tak perlu guna data 4G. Sungguh mempesonakan…

Perasan tak, suasana indah begini amat sukar kit kecapi, bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri!

Kita sering risaukan anak-anak kecil dengan generasi yang akan datang nanti, tentang ketagihan dengan “Smartphone” dan “Gadget” setiap jam setiap hari. Walhal, kita juga sibuk mencari kehidupan dalam dunia dihujung jari. Dalam tak sedar, kita yang dewasa ini juga sentiasa tak lekang dengan telefon dan leka dengan alam maya bukan realiti. Senyum dan tawa tidak lagi di bibir tetapi di emoji, salam perkenalan tidak lagi dihulurkan malah cukup dengan tambah kenalan di Facebook, Twitter dan IG. Interaksi berkisarkan puji dan keji seakan sudah sebati dengan gaya hidup masa kini. Yang di media sosial di tatang bagai minyak yang penuh tetapi yang didepan mata tidak dipeduli. Inikah kebahagiaan yang kita cari? Rehatlah jari jemari, rehatlah jiwa dan hati … daripada ketagihan internet dan telefon pintar yang semakin lama memakan diri.

 Ini antara cara-cara untuk anda alihkan perhatian anda daripada “Smartphone” , semoga bermanfaat.

 

1.  Buang Aplikasi Media Sosial

Tak tentu arah dibuatnya, cubalah sehari. Jika keberatan boleh cuba tutup notifikasi supaya anda boleh terhindar daripada menatap telefon setiap seminit bagi melihat notifikasi.

 

2.  Biasakan Membuat Panggilan Telefon daripada Menghantar Mesej

Latih diri untuk berhubung melalui panggilan telefon kerana ia komunikasi yang paling asas, anda tidak akan terikat dengan mesej-mesej tidak penting.

 

3.  Gunakan Jam loceng

Memang dah ada kemudahan jam loceng di telefon pintar, tapi untuk mengelak tangan ini gatal mengakses perkara tidak penting semasa mencapai telefon untuk menutup jam yang berbunyi di telefon lebih baik matikan sahaja telefon semasa tidur dan gunakan jam loceng sebenar.

 

4.  Baca majalah atau buku

Latih diri banyakkan membaca daripada buku atau majalah, sekaligus boleh merehatkan mata anda yang penat menatap cahaya dari telefon pintar.

 

4.  Banyakkan aktiviti riadah 

Daripada duduk melayan media sosial, sibukkan diri dengan aktiviti mengeluarkan peluh yang lebih sihat atau boleh saje ajak keluarga atau rakan pergi bercuti dengan syarat “No Phones Allowed” . Berikut antara lokasi yang boleh anda pilih untuk aktiviti sihat dengan harga yang sangat berbaloi.

Sunway Lost World Of Tambun – Tiket Seorang Dewasa RM69 

Lost in KL Escape Room – Tiket Seorang Dewasa RM70

Sunway Lagoon Malaysia (6 Taman Tema)  – Tiket Seorang Dewasa RM123.99

 

GIPHY

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *